Format Imej Rumput dalam Peribahasa Tamil: Suatu Kajian Semantik Inkuisitif

(Grass Images in Ancient Tamil Proverbs: A Semantic Inquisitive Research)

  • Tangaprabu Murthy Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
  • Mary Fatimah Subet Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Peribahasa Tamil merupakan cabang seni sastera lisan dalam budaya masyarakat India. Peribahasa juga dicipta hasil daripada pengamatan lapisan masyarakat terhadap keistimewaan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang juga mempunyai makna tersurat dan tersirat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti makna implisit di sebalik peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan, khususnya imej rumput serta pengaruh budaya yang menyebabkan lahirnya peribahasa yang melibatkan imej tumbuhan di samping mengenali makna harfiah peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan. Kajian ini bukan sahaja dilaksanakan untuk mengenal pasti dan menganalisis makna implisit di sebalik penggunaan 25 peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan malah juga untuk menganalisis pengaruh budaya dan akal budi dari aspek semantik inkuisitif dalam peribahasa Tamil yang mempunyai imej tumbuhan. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan mengikut kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual terhadap empat orang informan dan ulasan yang dibuat terhadap peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat India mencipta setiap peribahasa menggunakan alam semula jadi di sekeliling mereka. Selain itu, setiap peribahasa yang dicipta mempunyai makna implisit di sebaliknya dan setiap makna itu mempunyai satu ikatan yang kukuh dengan budaya serta akal budi masyarakat tersebut. Kesimpulannya, penelitian terhadap peribahasa Tamil telah menyerlahkan ketinggian pemikiran dan akal budi masyarakat India dalam penciptaan peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan.

References

Abdullah, H. (1997). Canai budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad, Z. A. (Za'ba), (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ciardelli, I., Groenendijk, J., & Roelofsen, F. (2012). Inquisitive semantics. Oxford University Press.

Daud, M. Z. (2017). Slanga kedai kopi: Satu analisis semantik inkuisitif (Tesis sarjana muda tidak diterbitkan). Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia.

https://doi.org/10.31229/osf.io/upt8j

Daud, M. Z. (2018a). Domain rezeki dalam peribahasa Melayu berorientasikan Aves melalui perspektif semantik inkuisitif. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3(1), 19-28.

Daud, M. Z. (2018b). Gallus gallus domesticus dan Paradoxurus hermaphroditus dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Sains Humanika, 10(2), 41-51.

https://doi.org/10.31226/osf.io/pgsme

Daud, M. Z., Abd Wahid, M. S. N., & Gedat, R. (2017). Eufemisme dalam bahasa Iban: Satu kajian kes di Kampung Lebor, Serian, Sarawak. Borneo Research Journal, 11(1), 87-105.

https://doi.org/10.22452/brj.vol11no1.6

Daud, M. Z., Abd Wahid, M. S. N., & Gedat, R. (2018). Penggunaan eufemisme dalam kalangan penutur Iban. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 8.

https://doi.org/10.31219/osf.io/em4w7

Daud, M. Z., & Subet, M. F. (2018). Ayam (gallus gallus domesticus) dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Kemanusiaan, 16(1).

https://doi.org/10.31226/osf.io/ys8q6

Farndon, J. (2011). 1000 Fakta tentang tumbuhan. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia.

Gaunder, A. (2016). Routledge handbook of Japanese politics. London: Routledge.

Hamzah, Z. A. Z., & Mat Hassan, A. F. (2011). Peribahasa Melayu: Penelitian makna dan nilai. Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM).

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2013). Siaran akhbar akaun negara perangkaan stok modal 2005-2012. Diperolehi daripada https://www.dosm.gov.my/v1/2012/Stok_Modal2005-2012.pdf

Jalaluddin, N. H. (2014a). Semantik dan akal budi Melayu. Selangor, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jalaluddin, N. H. (2014b). Pemugaran penyelidikan untuk pemerkasaan bahasa. Diperolehi daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia website: http://eseminar.dbp.gov.my/ceramahnj/ kertas_kerja_norhashimah_jalaluddin.

Jalaluddin, N. H. (2015). Peribahasa 'Parasit' dan akal budi Melayu: Analisis semantik inkuisitif. In Seminar Bahasa dan Sastera 2015 (pp. 281-293). Bangi: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kasdan, J., & Jalaluddin, N. H. (2015). Unsur asam dan akal budi Melayu: Analisis semantik inkuisitif. In Seminar Meja Bulat: Simpulan Bahasa dan Kognitif Penutur (pp. 1-20). Kuala Lumpur: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kasdan, J., Jalaluddin, N. H., & Wan Ismail, W. N. (2016). Ikan (Pisces) dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 4(1), 31-41.

Mohd, A., & Hassan, A. (2008). Teori dan teknik terjemahan. PTS Publications and Distributors.

Murthy, T. (2017). Imej tumbuhan dalam peribahasa Tamil: Suatu kajian semantik inkuisitif. (Tesis sarjana muda tidak diterbitkan). Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia.

Nayak, S. (2002). Language of advertisements in Tamil mass media. Journal Language of India, 2(3), 1-92.

Omar, A. H. (1993). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Parameswaran, G. (2016). Languages and the Tamil terms. Scribd Publisher.

Ragavan, R., & Salleh, C. I. H. (2015). Peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil dari aspek sosial. Journal of Business and Social Development 3(1), 66-75.

Sapir, E. (1921). Language: An introduction to the study of speech. London, UK: Harcount Brace Jovanovich Publishers.

Subet, M. F., & Daud, M. Z. (2018). Makna denotatif dan konotatif dalam slanga pelacur. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3(1), 29-43.

https://doi.org/10.31219/osf.io/gw926

Yokammal, M. (2008). Bahasa Iklan dalam akhbar Tamil Malaysia: Satu kajian deskriptif. (Tesis sarjana tidak diterbitkan) Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Wan Mansor, N.A., & Jalaluddin, N. H. (2015). Deria rasa dalam kiasan Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Journal Pertanika Mahawangsa, 2(1), 1-16.

https://doi.org/10.33736/tur.1593.2019

Wan Mansor, N.A., & Jalaluddin, N. H. (2016). Makna implisit bahasa kiasan Melayu: Mempertalikan komunikasi, kognisi dan semantik. Jurnal Komunikasi, 32(1), 189-206.

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2016-3201-15

Zahid, I. (1998). Peribahasa Melayu: Satu klasifikasi yang tiada penentu. Jurnal Dewan Bahasa, 42(11), 979-984.

Zakaria, S., & Jalaluddin N. H. (2016). Konsep ruang dalam Cik Tunggal: Analisis semantik inkuisitif. Gema: Online Journal of Language Studies, 16(3), 187-204.

https://doi.org/10.17576/gema-2016-1603-12

Published
2018-07-02
How to Cite
Murthy, T., & Subet, M. F. (2018). Format Imej Rumput dalam Peribahasa Tamil: Suatu Kajian Semantik Inkuisitif. Issues in Language Studies, 7(1). https://doi.org/10.33736/ils.1616.2018