Sorotan Semula Tatabahasa Dewan

  • Khairul Taufiq Abu Bakar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Hashimah Jalaluddin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Tatabahasa Bahasa Melayu, Kata Kerja Bahasa Melayu, Sekatan Pilihan, Semantik, Pragmatik

Abstract

Kajian ini membincangkan perihal contoh-contoh penggunaan kata kerja yang boleh juga mendukung makna tersirat yang mengikut acuan teori tatabahasa yang berasaskan konsep Transformasi-Generatif didapati boleh juga melanggar sekatan pilihan. Walau bagaimanapun, contoh-contoh penggunaan kata kerja yang boleh juga mendukung makna tersirat tersebut memerlukan perspektif pragmatik melalui pengaplikasian Teori Relevans bagi membolehkan penginterpretasian makna yang lebih mendalam dan sempurna dapat dilakukan. Kajian ini yang tergolong sebagai kajian kualitatif mengguna pakai kaedah analisis dokumen dengan memfokuskan reka bentuk kajian analisis kandungan. Di samping itu, tinjauan melalui borang soal selidik terhadap 96 orang pelajar tingkatan enam juga turut dilakukan bagi melihat keberkesanan Tatabahasa Dewan dalam menghuraikan aspek golongan kata kerja yang selama ini hanya memfokuskan contoh-contoh penggunaan kata kerja yang mendukung makna tersurat semata-mata. Kajian ini mendapati bahawa pengaplikasian Teori Relevans dalam bidang ilmu pragmatik sememangnya telah terbukti dapat membantu menyelesaikan fenomena pelanggaran sekatan pilihan yang melibatkan contoh-contoh penggunaan kata kerja yang boleh juga mendukung makna tersirat. Dapatan kajian daripada kajian ini diharapkan dapat membantu para penulis Tatabahasa Dewan untuk memperoleh input-input baharu yang bermanfaat. Seterusnya, tokok tambah yang masih boleh dilakukan oleh para penulis Tatabahasa Dewan diharapkan dapat membantu mengukuhkan lagi kredibiliti dan kewibawaan Tatabahasa Dewan itu sendiri sebagai buku “tatabahasa pegangan”.

Author Biographies

Nor Hashimah Jalaluddin, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin.

Program Linguistik,

Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

43600 UKM, Bangi Selangor.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof. Madya Dr. Fazal Mohamed Mohamed Sultan.

Program Linguistik,

Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

43600 UKM, Bangi Selangor.

References

Abu Bakar, K. T., Jalaluddin, N. H, & Mohamed Sultan, F. M. (2019). Golongan kata kerja: Korelasi antara kecekapan tatabahasa dengan kecekapan pragmatik dalam kalangan remaja Malaysia. Jurnal Linguistik, 23(1), 70-101.

Ahmad, Z. (2013). Nahu praktis bahasa Melayu: Menangani kepelbagaian, mencari keserasian. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baba, H. (2015). Bahasa berkias dan nilai Melayu: Analisis pragmatik [Unpublished Doctoral Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia].

Bornstein, D. D. (1977). An introduction to transformational grammar. University Press of America.

Dawi, N. F. (2010). Penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar bacelor sastera Universiti Putra Malaysia [Unpublished Masters Thesis, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia].

Fillmore, J. C., Kay, P., & O’ Connor, M. C. (1988). Regularity and idiomaticity in grammatical constructions: The case of let alone. Language, 64(3), 501-538.

Goay, T.C., & Choo, S. T. (2003). Teks pra-u: Bahasa Melayu kertas 1. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Hamid, Z. (2006). Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hassan, H. (2011). Kata hubung dan dan tetapi dari sudut pragmatik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ho Abdullah, I. (2011). Analisis kognitif semantik peribahasa Melayu bersumberkan anjing (canis familiaris). GEMA OnlineTM Journal Language Studies, 11(1), 125-141.

Jalaluddin, N. H. & Nopiah, J. (2011). Penguasaan tatabahasa remaja Malaysia: Analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 11(1), 63-82.

Jalaluddin, N. H. (1992). Ganti nama Melayu Sarawak: Analisis teori linguistik. Akademika, 40(1), 19-38.

Jalaluddin, N. H. (1992). Semantik dan pragmatik: Satu pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jalaluddin, N. H. (1995). Fungsi dan pola ganti nama Melayu: Satu interpretasi semantik dan pragmatik. AKADEMIKA, 47, 85-99.

Jalaluddin, N. H. (2007). Bahasa dalam perniagaan: Satu analisis semantik dan pragmatik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jalaluddin, N. H., Ahmad, Z., & Aman, I. (2004). Penguasaan bahasa Melayu oleh pelajar Melayu dalam arus globalisasi. Jurnal Bahasa, 4(1), 63-95.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karim, N. S, Onn, F. M, Musa, H., & Mahmood, A. H. (2009). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Rasidi, R. (2000). Penilaian penulisan buku tatabahasa bahasa Melayu: Satu analisis ‘teori’ atqakum [Unpublished Masters Thesis), Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia].

Omego, C., Anyanwu, O., & Onyegbuchulam, A. (2012). Verb-noun (object) selectional restriction in Ebughu. Theory and Practice in Language Studies, 2(11), 2226-2238. https://doi.org/10.4304/tpls.2.11.2226-2238

Oweleke, E. (2019). Aspects of the semantics and pragmatics of verb-noun selection restrictions in Igbuzo-Igbo. AFREV, 13(2), 120-130. http://dx.doi.org/10.4314/afrrev.v13i2.10

Palmer, F. R. (1976). Semantics: A new outline. Cambridge: Cambridge University Press.

Sejo, M. Z. (2012). Penekanan ilmu morfologi dalam buku teks bahasa Arab KBSM. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, Bangi, Malaysia.

Singer, R. (2016). The dynamics of nominal classification: Productive and lexicalised uses of gender agreement in Mawng. Jerman: Walter de Gruyter Inc.

Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance: Communication and cognition. Oxford: Basil Blackwell.

Subet, M. F. (2018). Analisis teori relevans dalam metafora. Jurnal Bahasa, 18(1), 159-188.

Wagner, A., & Mastropietro, M. (2017, April 9). Collecting and employing selectional restrictions. Technical report. https://www.semanticscholar.org/paper/Collecting-and-Employing-Selectional-Restrictions-Wagner-Mastropietro/635a2d1878fc4f5aa57cf6bbc10aae7bd4a0ddeb#references

Wong, S. H. & Yeo, S. K. (2018). Percanggahan pendapat aspek tatabahasa: Perbandingan antara bahan rujukan bahasa Melayu. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 16-31. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.2.2018

Zainon Hamzah, Z, A. (2010). Pemantapan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Linguistik, 10, 63-82.

Published
2021-12-16
How to Cite
Abu Bakar, K. T., Jalaluddin, N. H., & Mohamed Sultan, F. M. (2021). Sorotan Semula Tatabahasa Dewan. Issues in Language Studies, 10(2), 45-64. https://doi.org/10.33736/ils.3448.2021