Dinamik Bahasa Media dalam Talian: Sumbangan Terhadap Perkamusan Melayu di Malaysia

  • Wan Robiah Meor Osman Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
  • Wan Sofiah Meor Osman
Keywords: Bahasa dinamik, media dalam talian, perkamusan Melayu

Abstract

Kemajuan teknologi maklumat berteraskan rangkaian jalur lebar antarabangsa telah mengubah komunikasi konvensional kepada komunikasi moden dalam talian. Komuniti dalam talian yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia, gender, pendidikan dan status yang dilihat menggunakan bahasa dan menukar makna sesuatu kata dengan sewenang-wenangnya. Sesuatu kata yang digunakan oleh komuniti ini ada kalanya menjadi tular secara drastik dan meluas. Oleh itu, makalah ini meneliti kata-kata yang tular di media dalam talian dengan memanfaatkan Teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994). Kajian ini juga menggunakan tiga buah kamus terpilih, iaitu A Malay-English Dictionary oleh Wilkinson (1901), Kamus Bahasa Melayu oleh Windstedt (1960), dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) dalam memperlihatkan kepelbagaian makna menerusi masa dan enjin carian Google Trends untuk melihat trend carian popular netizen. Hasil kajian mendapati kesemua kata yang tular di media dalam talian berubah makna dan menyimpang daripada maksud asalnya di dalam kamus. Perubahan ini lazimnya disebabkan oleh perbezaan dalam sesebuah masyarakat daripada faktor sekeliling seperti sosioekonomi, sosiopolitik dan sebagainya. Oleh itu, kajian berkenaan perubahan bahasa masyarakat ini dapat menyumbang kepada pemerian makna baharu dalam kamus yang memberikan impak kepada pertambahan khazanah makna dalam kosa kata masyarakat dan menjadi pendokumentasian penting dalam memartabatkan bahasa negara bangsa.

References

Alias Ismail. (2018). Peluasan makna kata dedak: Satu analisis semantik kognitif. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(10), 28-39.

Bungin, B. (2009). Sosiologi komunikasi: Teori, paradigma, dan diskursi teknologi komunikasi di masyarakat. Jakarta: Kencana.

Djamarah, B. S. (2004). Pola komunikasi orang tua & anak dalam keluarga. Jakarta: PT. Reneka Cipta.

Hishamudin Isam, Nor Fazilah Noor Din, Mashetoh Abd Mutalib, & Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. (2018). Kekwat: Di mana bahasa dan akal budi bangsa kita? Jurnal Linguistik, 22(1), 001-017.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keller, R. (1994). The invisible hand in language. London: Routledge.

Nazilah Mohamad, Karim Harun, & Nor Hasimah Ismail. (2017). Perubahan makna dan sosial budaya dalam masa 200 tahun: Penelitian terhadap perkamusan Melayu. Pertanika Journal, 4(1), 49-62.

Nor Fazilah Noor Din. (2016). Peluasan makna payung dalam kalangan pengguna bahasa Melayu berdasarkan analisis semantik kognitif. Proceedings of International Seminar on Generating Knowledge Through Research (ICECRS), 779-810.

https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.557

Siti Ezaleila Mustafa, & Azizah Hamzah. (2011). Media baharu yang baharu: Trend penggunaan jaringan sosial dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2), 93-110.

Wan Norasikin Wan Ismail, & Nurul Najihah Jamal. (2019). Bawang dan membawang. Retrieved from http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=14325

Wan Robiah Meor Osman, & Chong, S. (2019a). Revolusi bahasa dalam media sosial penyumbang perkamusan Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Kedua (SAPBaSBUM), 458-474.

Wan Robiah Meor Osman, & Chong, S. (2019b). Fenomena evolusi dan revolusi makna perkataan Melayu: Tinjauan awal. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 13(2), 195-210.

Wan Robiah Meor Osman, & Chong, S. (2020). Perubahan makna leksikal "dedak" di media dalam talian: Sumbangan kepada perkamusan Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8(1), 37-46.

https://doi.org/10.33736/ils.2546.2021

Wilkinson, R. J. (1901). A Malay-English Dictionary. Singapore: Kelly & Walsh Limited.

Windstedt, R. O. (1960). Kamus bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Berhad.

Published
2021-06-29
How to Cite
Meor Osman, W. R., & Meor Osman, W. S. (2021). Dinamik Bahasa Media dalam Talian: Sumbangan Terhadap Perkamusan Melayu di Malaysia. Issues in Language Studies, 10(1), 37-58. https://doi.org/10.33736/ils.2546.2021

Most read articles by the same author(s)