Kekeliruan makna kata sifat dalam kalangan remaja Sarawak : Satu tinjauan awal

(Meaning confusion of Malay adjectives among Sarawak teenagers: An exploratory study)

  • Wan Robiah Meor Osman

Abstract

Masyarakat Melayu Sarawak merupakan salah satu sub-etnik terbesar di Sarawak. Masyarakat ini bertutur dalam dialek Melayu Sarawak yang mempunyai variasi mengikut daerah atau kawasan geografi masing-masing. Dalam era modenisasi yang dipayungi oleh kepelbagaian etnik dilihat terdapat kosa kata dialek Melayu Sarawak yang mulai ditinggalkan oleh generasi muda. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti kekeliruan makna kata sifat dalam kalangan remaja Melayu Sarawak. Kajian ini memanfaatkan soal selidik yang mengandungi 10 kata sifat yang diberikan kepada 100 orang responden untuk melihat sama ada mereka memahami makna dalam bahasa Melayu Standard. Dapatan mendapati bahawa kebanyakan responden tidak memahami sebilangan besar makna kata sifat (misalnya ganjo, dumba-dumba, puro), dan sebahagiannya pula memberikan maksud yang salah untuk kata sifat yang diberikan (misalnya, acar, bengak, langa). Justeru, penggunaan kata tradisi yang semakin terhakis dan asimilasi terhadap bahasa Melayu standard akan mengurangkan kelestarian dan penggunaan kosa kata tradisi ini dalam interaksi sosial dalam kalangan generasi muda Melayu Sarawak.

References

Asmah Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, T. J. (1996). Khazanah Dialek Melayu. Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, T. J. (2008, Januari 24-26). Bahasa dan dialek Teluk Piru, Pulau Seram: Terancam punah dan ternyata punah. Prosiding Seminar Antarabangsa Dialek-dialek Austronesia di Nusantara III. Brunei: Universiti Brunei Darussalam.

Maros, M. (2010). Dialek Melayu pekan: Penggunaan dan pengekalan. Jurnal Dewan Bahasa, 10(1), 74-97.

Monaliza Sarbini-Zin, Rosnah Mustafa, Haikal H. Zin, & Radina Mohamad Deli. (2012). "Lang" kah "pintu"? Perubahan leksikal masyarakat Melayu Sarawak dewasa ini. Issues in Language Studies, 1(2), 33-37.

https://doi.org/10.33736/ils.1692.2012

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hisham Osman. (2000, Julai 10-14). Pemeliharaan dan penyisihan bahasa di kalangan suku kaum minoriti di Sarawak. Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference, Kota Samarahan, Malaysia.

Published
2013-05-26
How to Cite
Meor Osman, W. R. (2013). Kekeliruan makna kata sifat dalam kalangan remaja Sarawak : Satu tinjauan awal. Issues in Language Studies, 2(2). https://doi.org/10.33736/ils.1674.2013