Abstract
Pemodenan Malaysia telah mempercepatkan perubahan dialek tradisional, dan ini dicerap menerusi peralihan struktur linguistiknya daripada yang kompleks kepada yang umum dan mudah. Berpandukan perspektif kontak dialek menerusi proses pelevelan, makalah ini membincangkan perubahan yang dialami oleh beberapa dialek tradisional Malayik hulu Semenanjung akibat kontak dengan dialek hilir. Antara dialek yang dianalisis ialah dialek hulu Kelantan, dialek hulu Dungun, dialek hulu Kedah dan dialek hulu Pahang. Makalah ini menegaskan bahawa faktor terpenting yang melatari perubahan dalam dialek yang dikaji ialah kontak yang ternatijah daripada migrasi daripada kawasan hilir ke kawasan hulu dan pedalaman. Secara tabii, migrasi tidak sekadar membawa batang tubuh manusia, tetapi yang turut ikut serta ialah bahasa yang dituturkan. Justeru, migrasi berdaya menghasilkan kontak dialek. Kemudian, kontak mewujudkan peminjaman antara dialek. Proses pelevelan beroperasi serempak dengan peminjaman, iaitu apabila dialek yang meminjam menstrukturkan sistem linguistiknya untuk disesuaikan dengan sistem linguistik dialek peminjam. Keempat-empat dialek yang dikaji sememangnya mematuhi peraturan ini, justeru menampakkan trajektori perubahan yang menuruti sistem linguistik dialek yang dipersepsikan lebih berprestij di sesebuah kawasan, iaitu dialek hilir, berbanding dengan bahasa piawai atau standard. Tuntasnya, makalah ini menawarkan kelihan yang menguntaikan fenomena perubahan dialek dengan kontak akibat migrasi. Kelihan ini menampilkan tafsiran baru tentang trajektori difusi dialek berdasarkan model heteronomi.
References
Abd Ghani, M. K. A., & Hasrah, M. T. (2022). The migration of non-local communities and effects on language ecosystem in Baling, Kedah: Historical and linguistic evidence. Proceedings of the 9th Asbam International Conference (Archeology, History, & Culture in the Nature of Malay (ASBAM 2021), 660, 376-383. https://doi.org/10.2991/assehr.k.220408.052.
Abd Ghani, M. K. A., & Hasrah, M. T. (2023). Gelaja aspirasi dalam dialek Melayu Baling: Kontak dan inovasi. In M. Yusuf, K. Harun, & R. Aman (Eds.), Bahasa dan identiti masyarakat tutur (pp. 63-81). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Britain, D., & Trudgill, P. (1999). Migration, new-dialect formation and sociolinguistic refunctionalisation: Reallocation as an outcome of dialect contact. Transactions of the Philological Society, 97, 245-256. https://doi.org/10.1111/1467-968X.00050.
Chambers, J. K., & Trudgill, P. (1998). Dialectology. Cambridge University Press.
Che Kob, A. (1985). Dialek geografi Pasir Mas. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Che Rosdi, N. H., & Aman, R. (2020). Varian Hulu Perak Utara: Fenomena di Gerik dan Pengkalan Hulu. Jurnal Melayu, 19(2), 216-242.
Che Rosdi, N. H., Aman, R., & A. Hamid, S. (2023). Dialek Hulu Perak Utara: Pendekatan linguistik perbandingan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Collins, J. T. (1983a). Dialek Ulu Terengganu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Collins, J. T. (1983b). Dialek Pahang: Rangka pengenalan. Jurnal Dewan Bahasa, 27, 7-29; 99-118.
Collins, J. T. (1998). Bahasa Melayu Hulu Tembeling: Menjejaki sejarah Semenanjung. Jurnal Dewan Bahasa, 2, 145-157.
Collins, J. T. (2016). Wibawa bahasa: Kepiawaian dan kepelbagaian. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hajek, J. (2010). Aspiration in some varieties of Northern Aslian. Oceanic Linguistics, 49(2), 359-368.
Hasrah, M. T. (2018a). Dialek Melayu hulu dan hilir di timur Semenanjung Malaysia. Jurnal Bahasa, 18(1), 65-102.
Hasrah, M. T. (2018b). Dialek Melayu Hulu Kelantan: Laporan awal. Jurnal Bahasa, 18(2), 119-252.
Hasrah, M. T. (2019). Penasalan vokal dalam dialek Melayu Hulu Pahang. Jurnal Bahasa, 19(2), 199-230.
Hasrah, M. T. (2020). Dialek Pasir Raja: Ciri fonologi dan pengelompokan. Jurnal Bahasa, 20(2), 173-202.
Hasrah, M. T. (2022). Dialek Melayu hulu di Semenanjung timur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasrah, M. T., & Abd. Ghani, M. K. A. (2021). Dialek Melayu Baling: Satu pemerian awal. Jurnal Bahasa, 21(1), 193-216. http://doi.org.10.37052/jb21(2)no2.
Hasrah, M. T., Aman, R., & Hamid, S. A. (2014). Fosil dialek Hulu Pahang. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hussein, I. (1973). Malay dialects in Malay Peninsula. Nusantara, 3(1), 69-79.
Idris, A. (1987). Fonologi dialek Pahang: Satu kajian awal di Kampung Sentang. Jurnal Dewan Bahasa, 6, 415-431.
Jalaluddin, N. H., Halim, W. A., & Radzi, H. (2022). Sorotan dialek di Terengganu selepas tiga dekad: Perspektif geolinguistik. GEMA Online® Journal of Language Studies, 21(3), 77-102. http://doi.org/10.17576/gema-2021-2103-05
Jalaluddin, N. H., Hamzah, S. N., & Radzi, H. (2020). Dialektologi dan GIS. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Keller, R. (1994). On language change: The invisible hand in language. Routledge.
Kerswill, P. (2003). Dialect levelling and geographical diffusion in British English. In D. Britain & J. Cheshire (Eds.), Social dialectology. In honour of Peter Trudgill (pp. 223-243). John Benjamins.
Le Page, & Tabouret-Keller, A. (1985). Acts of identity. Cambridge University Press.
Mufwene, S. (2001). The ecology of language evolution. Cambridge University Press.
Nasir, A. H. (2005). Lembangan sungai dalam peradaban Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Noor, W. S. (1983). Fonologi dialek Pahang: Kajian permulaan di sekitar Padang Tengku. (Latihan ilmiah, Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia).
Omar, A. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saari, K. A., Jalaluddin, N. H., & Mohamed Sultan, F. M. (2022). Analisis vokal /ɑ/ di akhir kata dalam dialek Melayu di hilir Pahang. GEMA Online Journal of Language Studies 22(4), 142-160. http://doi.org/10.17576/gema-2022-2204-09.
Salam, N. S. A., & Jaafar, S. R. S. (2019). Perilaku fonologi konsonan di akhir kata dialek petani Sik. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 4(1), 316–343.
Smith, R. L., & Pimm, S. L. (2022). Ecology. Dalam Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/science/ecology. Diakses pada 14 Januari 2023.
Sulaiman, N. F. (2015). Sistem fonologi subdialek Baling, Kedah. (Latihan ilmiah sarjana muda, Universiti Malaya). UM Research Repository.
Swadesh, M. (1951). Diffusional cumulation and archaic residue as historical explanations. Southwestern Journal of Anthropology, 7(1), 1-21.
Trudgill, P. (1986). Dialect in contact. Wiley Blackwell.
Trudgill, P. (2004). New-dialect formationː The inevitability of colonial Englishes. Edinburgh University Press.
Trudgill, P. (2011). Sociolinguistic typology: Social determinants of linguistics complexity. Oxford University Press.
Uthai, R. (2011). Keistimewaan dialek Patani. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wu, J. (2023). Malayic varieties of Kelantan and Terengganu: Description and linguistic history. Netherlands Graduate School of Linguistics.
Zaidi, M. N., Aman, R., & Shahidi, A. H. (2021). Genetik purba dialek Melayu di lembangan tengah Sungai Pahang. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Copyright (c) 2024 UNIMAS Publisher