Kesalahan ejaan murid berdasarkan bunyi konsonan dalam ujaran guru: Analisis Fonologi Generatif

  • Nur Farahkhanna Mohd Rusli Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
  • Norfaizah Abdul Jobar Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI
  • Nur Faaizah Md Adam Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI
Keywords: kesalahan ejaan, ujaran, guru bahasa Melayu, konsonan, fonologi generatif

Abstract

Kajian ini bertujuan menjelaskan kesalahan ejaan murid berdasarkan bunyi konsonan dalam ujaran guru. Data diperoleh secara kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Tiga orang guru bahasa Melayu dan 114 orang murid tahun 1 dari Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid, Hulu Langat, Selangor telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik dan borang maklum balas. Data dianalisis menggunakan data spektogram, teori fonologi generative dan perisian Praat.org. Hasil kajian menunjukkan murid tahun 1 menghasilkan pelbagai bentuk ejaan yang tidak tepat yang melibatkan bunyi konsonan [r], [h] dan [k]. Berdasarkan teori fonologi generatif, variasi ejaan ini berlaku disebabkan pelaksanaan rumus pengguguran dan rumus pembentukan hentian glotis. Dari segi implikasi, kajian ini bertujuan mendedahkan kepentingan bertutur menggunakan bahasa Melayu baku yang betul mengikut konteks dan situasi. Hal ini bertujuan meningkatkan kemahiran bertutur dan membekalkan maklumat yang tepat kepada murid terutama murid yang berada di peringkat awal persekolahan seperti murid tahun 1.

References

Abu Bakar, M. (2019). Sebutan Johor-Riau dan sebutan baku dalam konteks identiti masyarakat Melayu Singapura. Issues in Language Studies, 8(2), 61-78. https://doi.org/10.33736/ils.v8i2

Ahmad, Z. (1993). Fonologi generatif: Teori dan penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alimi, K. F., & Kassin, T. A. (2018). Manifestasi fonologi bahasa Melayu standard terhadap perubahan konsonan dalam nyanyian lagu Melayu asli. Jurnal Bahasa, 18(2), 253-285.

Chaiyanara, P. M. (2006). Pengenalan fonetik dan fonologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chomsky, N. & Halle, M. (1968). The sound pattern of English. Harper & Row Publisher.

Halias, N., Ismail, Z., & Baharudin, H. (2017). Komunikasi bukan lisan dalam pengajaran bahasa Arab. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan, A. (1992). Rencana linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hong, M. T. N., Rusli. N. F. M., Masa. N. S., & Jobar. N. A. (2021). Analisis kefahaman makna peribahasa dalam kalangan murid berdasarkan teori relevans. Jurnal Linguistik, 25(1), 1-20.

Hyman, L. M. (1975). Phonology: Theory and analysis. University of Southern California.

Jamaluddin, N. (2017). Upaya bahasa Melayu sebagai sarana ilmu. Simposium Internasional Upaya Peningkatan Kembali Bahasa Melayu Sebagai Alat Pemersatu Kawasan Asia Tenggara, Universitas Indraprasta PGRI, Jakarta, Indonesia.

Nordin, A., & Che Ali Mohamed, S. S. (2011). Persepsi bakal guru tentang tahap kemahiran komunikasi berkesan dalam kalangan pelajar tahun akhir aliran sains Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Science & Mathematics Education (Unpublished). 1-8.

Omar, A. (1995). Rekonstruksi fonologi bahasa Melayu induk. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar, A. (1997). Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar, A. (2010). Kajian dan perkembangan bahasa Melayu. Edisi kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman, Y., Daud, A. M., Othman, A., Mohiddin, D. S. A. P., & Sulaiman, M. M., (2012). Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 93-109.

Pedoman umum sebutan baku bahasa Melayu. (1988). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Redzwan, H. F. M., Bahari, K. A., Sarudin, A., & Osman, Z. (2020). Strategi pengukuran upaya berbahasa menerusi kesantunan berbahasa sebagai indikator profesionalisme guru pelatih berasaskan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan sosiopragmatik. Malaysian Journal of Learning & Instruction, 17(1), 213-254.

Redzwan, H. F. M., Sarudin, A., & Bahari, K. A. (2018). Upaya berbahasa Melayu tinggi dan berbudaya (BMTB) dari sudut morfo-fonetik dan sosiolinguistik dalam kalangan guru pelatih. Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB), 2(8), 153-161.

Roca, I., & Johnson, W. (1999). A course in phonology. Blackwell Publisher Inc.

Roca, I. (1994). Generative phonology: Linguistic theory guides. Routledge.

Sabran, R., Ismail, N., & Abdullah, Z. F. (2021). Bahasa Melayu topikal semester 1 STPM. Mutiara Suria Ilmu Resources.

Satariman, P. (2007). Kurikulum bahasa Melayu peringkat sekolah menengah di Singapura: Satu penilaian terhadap pembentukan dan pelaksanaannya [Tesis Sarjana, Universiti Nasional Singapura].

Sharifuddin, A. (2011). Pedagogy theory and practise. Dewan Bahasa and Pustaka.

Zaidi, M. N., Mohd Hussni, N. S., Wan Mahmood, W. N. A, Che Ismadi, C. N. S., & Harun, K. (2019, Oktober 16-17). Tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak dari aspek sintaksis[Kertas pembentangan]. Seminar Linguistik Kebangsaan (SLik2019), Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah, Kedah.

Zakaria, N. S., Azmi, N. A. N., & Baharudin, H. (2019). Kemahiran komunikasi bukan lisan: Satu kajian terhadap guru pelatih bukan opsyen dalam pengajaran bahasa Arab. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 3(2), 1-10.

Published
2022-11-27
How to Cite
Mohd Rusli, N. F., Abdul Jobar, N., & Md Adam, N. F. (2022). Kesalahan ejaan murid berdasarkan bunyi konsonan dalam ujaran guru: Analisis Fonologi Generatif. Issues in Language Studies, 11(2), 37-60. Retrieved from https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/4375