Bentuk dan Penggunaan Bahasa Halus dalam Masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak

  • Hamidah Abdul Wahab Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
  • Siti Marina Kamil Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
  • Remmy Gedat Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
Keywords: bahasa halus, domain, bahasa sukuan, budaya, melayu sarawak, Iban

Abstract

Kajian ini meneliti aspek kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban di daerah Kuching dan Samarahan, khususnya dalam penggunaan bahasa halus atau eufemisme. Objektif khusus kajian adalah untuk meneliti bentuk eufemisme yang wujud dan digunakan dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, dan juga melihat sejauh mana eufemisme tersebut digunakan dalam kedua-dua masyarakat tersebut. Data kajian diperoleh menerusi kaedah soal selidik, melibatkan responden seramai 50 orang bagi setiap kaum. Soalan dirangka mengikut beberapa domain daripada pengkategorian eufemisme oleh Allan dan Burridge (1991), iaitu hal kewanitaan dan kelelakian, kemarahan/makian/kebencian, penyakit, kematian, dan ketakutan berunsurkan haiwan serta makhluk halus. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahasa halus secara sederhana adalah tinggi, iaitu bagi golongan penutur berusia 40 tahun ke bawah, melibatkan kedua-dua masyarakat. Penutur juga didapati memahami perkataan dan ujaran bahasa halus walaupun ia tidak bersifat langsung. Kajian ini juga dapat memperjelas bentuk bahasa halus yang wujud dan tahap penggunaannya dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, selain memaparkan latar budaya masyarakat penutur yang kaya dengan kehalusan bahasanya.

References

Affidah Morni, Aiza Johari, Johny Ahmad, & Kamaruzaman Jusoff. (2009). The linguistic taboo between Malays and Ibans of Sarawak, Malaysia. Canadian Social Science, 5(3), 141-158.

Allan, K., & Burridge, K. (1991). Euphemism & dysphemism: Language used as shield and weapon. Oxford: Oxford University Press.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamidah Abdul Wahab, Imran Ho Abdullah, Mohammed Azlan Mis, & Khazriyati Salehuddin. (2016). Analisis eufemisme kematian masyarakat Melayu Sarawak dari perspektif Semantik Kognitif. GEMA OnlineĀ® Journal of Language Studies, 16(2), 53-71.

https://doi.org/10.17576/gema-2016-1602-04

Jamet, D. (2018). The noelogical functions of disease euphemisms in English and French: Verbal hygiene or speech pathology? Journal in English Lexicology, 12, 1-26.

https://doi.org/10.4000/lexis.2397

Mohammed Azlan Mis. (2010). Lingua franca suku kaum di Sarawak. Jurnal Bahasa, 20, 131-151.

Mohammed Azlan Mis. (2012). Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: Kajian lingua franca. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 12(3), 903-922.

Noriah Mohamed, & Jamilah Bebe Mohamad. (2016). Eufemisme leksikal dan metafora kematian dalam dialek Melayu Kedah. Journal of Education dan Social Sciences, 4, 331-342.

Rabab'ah, G., & Al-Qarni, AM. (2012). Euphemism in Saudi Arabic and English. Journal of Pragmatics, 44, 730-743.

https://doi.org/10.1016/j.pragma.2012.02.008

Radzi, H., & David, P. (2012). Unsur eufemisme dan perumpamaan dalam teks hikayat Iban. Jurnal Linguistik, 16, 75-87.

Ringit, C., Hamidah Abdul Wahab & Gedat, R. (2019). Domain kepercayaan bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak: Analisis metafora konsepsi. Asian People Journal, 2(2), 18-30.

Published
2020-06-29
How to Cite
Abdul Wahab, H., Kamil, S. M., & Gedat, R. (2020). Bentuk dan Penggunaan Bahasa Halus dalam Masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak. Issues in Language Studies, 9(1), 15-27. https://doi.org/10.33736/ils.2103.2020