Persembahan bahasa objek dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia

  • Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
  • Vijayaletchumy Subramaniam

Abstract

Kajian ini menganalisis cara mempersembahkan bahasa objek menerusi Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (2010), dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat (KBBI4) (2011). Pengkaji menggunakan kerangka prinsip-prinsip umum leksikografi dengan berpandukan pendapat Béjoint (1994) untuk menghuraikan kaedah yang digunakan oleh para penyusun kamus dalam mempersembahkan bahasa objek kedua-dua buah kamus ekabahasa. Dalam kajian ini, 1087 entri telah dipilih secara rawak mudah dan bersistematik. Kaedah kajian pula ialah kaedah kepustakaan dan analisis kandungan dengan huraian secara deskriptif asas. Objektif kajian adalah untuk menganalisis cara bahasa mempersembahkan bahasa objek terhadap KD4 dan KBBI4. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua buah kamus tersebut mengikut kaedah peraturan atau formula, dan teknik mampatan. Namun, kesemua data kajian tidak menunjukkan penggunaan cara kesejadian atau keidiomatikan bahasa. Kelebihan hasil analisis ini adalah dapat membantu para penyusun kamus memperbaiki kualiti sesebuah kamus yang tepat dengan golongan sasarannya khususnya kamus ekabahasa Melayu yang sedia ada.

References

Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah pengajaran bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Béjoint, H. (1994). Tradition and innovation in Modern English dictionaries. Oxford, England: Oxford University Press.

Doroszewski, W. (1973). Elements of lexicology and semiotics. The Hague, Netherlands: Mouton.

https://doi.org/10.1515/9783110905380

Hartmann, R. R. K. (Pnyt.) (1993). Leksikografi: Prinsip dan amalan. (Zainab Ahmad, Terjemahan). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hausmann, F. J., & Wiegand, F. E. (1989). Component Parts and Structures of General Monolingual Dictionaries: A Survey. Dalam F. J. Hausmann et al. Dictionaries: An International Encyclopedia of Lexicography. Berlin & New York: Walter de Gruyter.

https://doi.org/10.1515/9783110095852.1.4.328

Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat. (2011). Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Landau, S. I. (1984). Dictionaries: The art and craft of lexicography. New York, NY: Cambridge University Press.

Mohamad Sofee Razak. (2008). Kamus rakan bahasa paling setia. Jurnal Dewan Bahasa, 8(11), 28-29.

Newell, L. E. (1995). Handbook on lexicography for Philippine and other languages. Manila, Philippines: Linguistic Society of the Philippines.

Nik Safiah Karim. (1994, Disember). Leksikografi Melayu: Beberapa perspektif linguistik. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Perkamusan Melayu, Kuala Lumpur, Malaysia.

Nor Azizah Abu Bakar. (2000, Jun). Metabahasa dan pengungkapan definisi: Rujukan khusus kepada kamus Melayu. Kertas Kerja yang dibentangkan di Bengkel Leksikografi, Bangi, Malaysia.

Sunduvan Tanak. (2007). Sebuah kamus untuk sebuah rumah. Jurnal Dewan Bahasa, 7(3), 58-59.

Toyud Pomogunan. (2007). Leksikografi sebagai cabang wahana ilmu. Jurnal Dewan Bahasa, 7(3), 56-57.

Uthaya Sankar SB. (2007). Pencemaran bahasa kamus sebagai sahabat yang akrab. Jurnal Dewan Bahasa, 7(4), 58-62.

Zuraini Ramli. (2006). Buku katan: Satu kajian awal leksikografi Melayu. Jurnal Bahasa, 6(3), 520-540.

Published
2015-12-26
How to Cite
Abu Bakar, A. F., & Subramaniam, V. (2015). Persembahan bahasa objek dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia. Issues in Language Studies, 4(2). https://doi.org/10.33736/ils.1656.2015