Paparan kesopanan berbahasa dalam teks Komsas Melunas Rindu: Aplikasi model Leech (1983) dan Grice (1975)

  • Sara Beden Universiti Malaya
  • Indirawati Zahid

Abstract

Kajian dengan menggunakan bahan Komsas oleh para pengkaji setakat ini kebanyakannya tertumpu kepada nilai-nilai murni dan masalah pengajaran dan pembelajaran Komsas sebaliknya kurang memberikan tumpuan terhadap analisis kesopanan berasaskan teori linguistik. Bahan sastera diyakini dapat berfungsi sebagai wadah untuk menyemai keinsanan, kebijaksanaan berbicara, kehalusan budi bahasa, sikap dan minda yang positif selain bertujuan untuk menghargai kehidupan. Justeru, kajian ini akan menjelaskan kesopanan berbahasa dalam teks Komsas yang digunakan oleh para murid Tingkatan 4 Zon 4 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasi dan memetakan struktur peristiwa bahasa berdasarkan dialog yang diujarkan oleh watak utama dan watak sampingannya dalam bab 17 dan 19 novel ini. Kajian ini mengaplikasikan kombinasi Prinsip Kesopanan Leech (1983) dan Prinsip Kerjasama Grice (1975) yang telah membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU) berdasarkan prinsip tepat, hampir sama dan ekonomis. Terdapat enam pola dalam MPKMU. Hasil dapatan menunjukkan pematuhan terhadap dua pola kombinasi maksim dalam MPKMU, iaitu Pola 1 dan Pola 2 berdasarkan prinsip hampir sama. Pemetaan struktur peristiwa bahasa pula memperlihatkan struktur yang digunakan dalam setiap peristiwa bahasa bervariasi atas faktor objektif komunikasi yang berbeza-beza bagi memanifestasikan kesopanan. Kesimpulannya, kesopanan berbahasa dalam bahan Komsas dapat memberikan pendedahan tentang penggunaan dan pemilihan unsur bahasa yang sesuai agar komunikasi menjadi lebih berkesan dan mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

References

Abdul Mua'ti@ Zamri Ahmad. (2001). Santun komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, & Mohd Isha Awang. (2003). Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (1996). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, P., & Levinson, S. C. (1987). Politeness: Some universals in language usage. Cambridge: Cambridge University Press.

https://doi.org/10.1017/CBO9780511813085

Goffman, E. (1955). On face work: An analysis of ritual elements in social interactions. Psychiatry Journal, 18, 213-231.

https://doi.org/10.1080/00332747.1955.11023008

Goffman, E. (1967). Interaction ritual: Essays on face to face behavior. New York: Pantheon.

Grice, H. P. (1975). Logic and conversations. Dalam P. Cole & J. Morgan (Ed.), Syntax and semantics: Speech act (hlm. 41-58). New York: Academic Press.

Hamidah Abdul Wahab, & Siti Marina Kamil. (2012). Peribahasa cerminan budi bahasa dan budaya bangsa Melayu. Issues in Language Studies, 1(1), 34-37.

https://doi.org/10.33736/ils.1687.2012

Hartini Hamzah. (2009). Melunas rindu: Edisi murid. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah menengah: Sukatan pelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lakoff, R. T. (1975). Language and woman's place. New York: Harper and Row, London.

Leech, Geoffrey. (1983). Principles of pragmatics . London: Longman.

Mohamad Hanafi Hairan. (2004). Masalah pendidikan Komsas: Satu kajian kes di daerah Hulu Selangor. (Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Malaysia.

Mohd Yazid Kassim. (2005). Genre drama dalam teks sastera: kajian kandungan nilai. (Tesis Kedoktoran yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Noor Hartini Zolkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2011). Unsur eufemisme dalam novel Papa dan Azfa Hanani. Jurnal Bahasa, 12(1), 83-108.

Norhana Bakhary. (2014). Strategi Kesantunan Berbahasa Masyarakat Adat Perpatih dalam Kata Perbilangan. Jurnal Bahasa. 14(2), 239-271.

Noriati Abd. Rashid. (2013). Kesantunan orang Melayu dalam majlis pertunangan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nor Azian Abd Aziz. (2005). Analisis kesantunan berbahasa: Satu kajian kes. (Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sara Beden, & Indirawati Zahid. (2014a). Analisis kesopanan berbahasa dalam komponen sastera (Komsas): Melunas Rindu. Jurnal Isu dalam Pendidikan, 38(2), 235-246.

Sara Beden, & Indirawati Zahid. (2014b). Analisis Kesopanan Bahasa Leech & Grice: Manifestasi Struktur dan Pola Kesopanan Bahasa dalam Peristiwa Melunas Rindu. Jurnal JATI (Journal of Southeast Asean Studies), 19, 151-168.

https://doi.org/10.22452/jati.vol19no1.10

Sara Beden, & Indirawati Zahid. (2015). Analisis kesopanan bahasa dalam novel Melunas Rindu: Aplikasi Maksim Leech (1983) & Grice (1975) dan kaitannya dengan sosiobudaya Melayu. Jurnal Bahasa, 15(1), 143-172.

https://doi.org/10.33736/ils.1654.2015

Published
2015-12-26
How to Cite
Beden, S., & Zahid, I. (2015). Paparan kesopanan berbahasa dalam teks Komsas Melunas Rindu: Aplikasi model Leech (1983) dan Grice (1975). Issues in Language Studies, 4(2). https://doi.org/10.33736/ils.1654.2015