Prinsip Dan Strategi Kesantunan Penulisan Dalam Artikel Ruangan Agenda Bahasa

  • Sara Beden Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak, Malaysia

Abstract

Kesantunan penulisan merujuk kepada kehalusan ketika menggunakan bahasa yang melibatkan penggunaan dan pemilihan kata, frasa, ayat dan ungkapan dalam penulisan. Aspek  yang perlu diberi perhatian dalam kesantunan penulisan ialah penggunaan kata panggilan yang betul, pengaplikasian kata sapaan yang betul, gaya bahasa yang indah serta pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks. Sementara topik dan isinya pula tidak menyentuh isu sensitif. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis strategi kesantunan penulisan dalam artikel Ruangan Agenda Bahasa dalam majalah Dewan Bahasa terbitan Julai 2018. Kajian ini mengaplikasikan tiga model kesantunan, iaitu PS Leech (1983), PK Grice 91975) dan model Asmah Omar (2000). Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya dengan memberikan fokus kepada analisis teks. Dapatan menunjukkan pengaplikasian ketiga-tiga model  kesantunan, iaitu PS Leech, PK Grice dan kesantunan Asmah Omar yang membentuk pola kombinasi maksim + strategi.  AR1 memperlihatkan pematuhan terhadap maksim Kebijaksanaan + Sokongan + Kualiti + Relevan + Kepatuhan pada Tajuk  + Penjagaan Air Muka manakala AR2 pula mematuhi maksim  Kebijaksanaan + Sokongan + Kualiti + Cara  + Kepatuhan pada Tajuk  + Penjagaan Air Muka. Dapatan ini merefleksikan bahawa kedua-dua penulis dalam ruangan agenda bahasa mematuhi peraturan penulisan dengan tidak mengabaikan aspek kesantunan berbahasa. Kesimpulannya, pematuhan penulis artikel terhadap aspek kesantunan penulisan memanifestasikan penulis dalam bidang akademik tidak meminggirkan inisiatif untuk melestarikan  budaya santun.

References

Abdul Latip Talib. (2009). Sultan Muhammad Al-Fateh. Selangor, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Ahmad. (1999). Komunikasi untuk guru. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2006). Sintaksis Siri Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Malik Karim Amrullah (2002). Merantau ke Deli. Kuala Lumpur, Malaysiar: Crescent News.

Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad. (2001). Santun komunikasi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amirah Syazwani Baderol Sham. (2018). Perjalanan yang masih berliku. Dewan Bahasa, Julai, 6-9.

Arina Johari, Nurul Jamilah Rosly, Sara Beden & Norlela Abdollah. (2018). Strategi Kesantunan Berbahasa untuk Penutur Asing. Dlm. Nuraihan Mat Daud (Peny.), Bahasa Melayu untuk penutur asing (hlm. 106-117). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (1996). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Grice, H.P. (1975). Logic and conversations. Dlm. P. Cole & Morgan (Eds.), Syntax and semantic: speech act (hlm. 41-58). New York, NY: Academic Press.

Hashim Ahmad (2016). Bahasa menggambarkan peribadi. Dewan Bahasa, Julai, 10-14.

Jeniri Amir. (2009). Bahasa negara dan bangsa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Leech, G. (1983). Principles of pragmatics. London: Longman.

Leech, G. (1993). Prinsip pragmatik. (Terj.) Azhar M. Simin. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Fahmi Mohamed Zaki. (2011). Bahasa santun, bangsa bertamadun. Dewan Bahasa, Februari, 14-17.

Mohamad Syafiq Rohaizad Buyong. (2018). Perjuangan bahasa Melayu di tangan anak muda. Dewan Bahasa, Julai, 10-14.

Norazlina Mohd Kiram & Raja Masittah Raja Ariffin. (2012). Kesantunan berbahasa orang Melayu menerusi gaya pengurusan air muka dalam Saga: Aplikasi teori Ting-Toomey. Jurnal Bahasa, 12(2), 284-300.

Noriati Abd. Rashid. (2005). Nilai kesantunan dalam konteks sosiobudaya masyarakat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 15, 232-253.

Robert Sibarani. (2004). Fenomena Kesantunan Berbahasa dalam Bahasa Indonesia/Melayu. Dlm. Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris (Peny.), Dlm. Pemikiran Melayu tradisi dan kesinambungan (hlm. 215-228). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sara Beden & Indirawati Zahid. (2014). Analisis kesopanan bahasa Leech & Grice: Manifestasi struktur dalam peristiwa Melunas Rindu. Jurnal JATI, 19, 151-168.

https://doi.org/10.22452/jati.vol19no1.10

Sara Beden & Indirawati Zahid. (2015). Paparan kesopanan berbahasa dalam teks Komsas Melunas Rindu: Aplikasi model Leech (1983) dan Grice (1975). Issues in Language Studies, 4(2), 41-62.

https://doi.org/10.33736/ils.1654.2015

Sara Beden & Indirawati Zahid. (2016). Pemetaan struktur peristiwa bahasa: Komunikasi bebas konflik. GEMA Online, Journal of Language Studies, 16(1), 67-87.

Sara Beden. (2018). Kesantunan bahasa penulisan. Dewan Bahasa, September, 54-58.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri pendidikan guru bahasa Melayu II. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tenas Effendy. (2010). Kearifan pemikiran Melayu. Pekanbaru, Indonesia: Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation.

Tenas Effendy (2011). Tenas Effendy. (2011). Kesantunan dan semangat Melayu. Pekanbaru, Indonesia: Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation.

Yule, G. (1996). Pragmatics. Oxford, UK: Oxford University.

Zainal Abdidin Ahmad (Za'ba). (1950). Malay manners and etiquette. JMBRAS, XXIII.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2009). Akhlak mulia melalui kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa, September, 28-31.

Published
2019-06-27
How to Cite
Beden, S. (2019). Prinsip Dan Strategi Kesantunan Penulisan Dalam Artikel Ruangan Agenda Bahasa . Issues in Language Studies, 8(1), 105-129. https://doi.org/10.33736/ils.1405.2019