‘Lang’ kah ‘Pintu’? Perubahan leksikal masyarakat Melayu Sarawak dewasa Ini

(Recent lexical change in the Sarawak Malay Dialect)

  • Monaliza Sarbini-Zin Faculty of Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan melihat fenomena perubahan leksikal atau kosa kata yang berlaku dalam Dialek Melayu Sarawak (DMS). Untuk tujuan ini, dalam kertas kerja siri pertama ini, pengkaji akan memberikan sedikit gambaran perubahan kepada beberapa leksikal yang biasa digunakan oleh penutur asli DMS di kawasan Kuching dan Kota Samarahan sekitar tahun 60-an sehingga akhir 90-an dan cara perubahan secara konsisten telah berlaku pada akhir tahun 90-an sehingga kini. Data kajian dikutip hasil temu bual informal dengan informan-informan yang berumur antara belasan tahun sehingga 80-an. Data juga dikutip hasil pemerhatian. Dapatan kajian mendapati terdapat kosa kata penutur asli DMS berubah seiring dengan perubahan zaman dan termasuklah kosa kata yang biasa digunakan oleh penutur yang berumur ada yang tidak lagi digunakan. Antara sebab perubahan yang berlaku secara gradual ini termasuklah taraf pendidikan, sikap penutur sendiri, faktor modenisasi perkahwinan campur, dan taraf ekonomi dan sosial.

References

Fromkin, V., Rodman, R., & Hyams, N. (2003). An Introduction to language (7th ed.). USA: Thomson Heinle.

Habib, R. (2005) The role of social factors, lexical borrowing and speech accommodation in the colloquial Arabic of rural migrant families in Hims. Unpublished Master's thesis, University of Florida. Retrieved from http://ufdcimages.uflib.ufl.edu/UF/E0/01/17/20/00001/habib _r.pdf

Johnson, E. (1993). The relationship between lexical variation and lexical change. Language Variation and Change, 5, 285-303.

https://doi.org/10.1017/S0954394500001514

Nagy, N. (2010). Lexical change and language contact. Retrieved from http://www.lel.ed.ac.uk/sssocio/proceedings/Nagy.pdf

Published
2012-12-26
How to Cite
Sarbini-Zin, M. (2012). ‘Lang’ kah ‘Pintu’? Perubahan leksikal masyarakat Melayu Sarawak dewasa Ini . Issues in Language Studies, 1(2). https://doi.org/10.33736/ils.1692.2012