Kata Ganda Semu dalam Dialek Melayu Sarawak (DMS)

(Semu Reduplication in Sarawak Malay Dialect)

  • Salbia Hassan Faculty of Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Penggandaan merupakan salah satu proses morfologi yang berlaku dalam dialek Melayu Sarawak (DMS). Terdapat beberapa kategori kata ganda menurut beberapa ahli bahasa seperti gandaan asal dan gandaan penuh (Abdullah Hassan, 2006; Arbak Othman, 1981; Asmah Omar, 1982; Nik Safiah Karim, 1993; Zaharani Ahmad, 2007). Salah satu daripada jenis kata ganda berkenaan ialah kata ganda semu. Justeru, kertas kerja ini akan memaparkan proses penggandaan semu dalam DMS dengan membincangkannya berdasarkan empat kelas kata utama iaitu kelas kata kerja, kelas kata nama, kelas kata adjektif dan kata keterangan. Data lapangan daripada lapan informan dari Saratok dan dua dari Kuching akan dianalisis secara deskriptif berdasarkan penggunaan kata ganda semu ini dalam ayat DMS. Penelitian awal mendapati kewujudan kata ganda semu dalam ayat DMS mengkhusus dalam situasi yang tertentu sahaja dan terdapat juga kata ganda semu ini hanya merujuk perkara yang tetap. Dapatan juga menepati konsep kata ganda semu yang dicadangkan oleh Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2007) berbanding sebagai sebahagian daripada kata ganda penuh dan kata ganda asal dalam kajian-kajian lain. Kata ganda semu dalam DMS banyak persamaan dengan bahasa Melayu tetapi perbezaan utamanya ialah terdapatnya keterbatasan kata ganda semu dalam kelas kata nama.

References

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman. (1981). Tatabahasa bahasa Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Sarjana Enterprise.

Arbak Othman. (1985). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu mutakhir edisi kedua. Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir edisi kelima. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamidah Abdul Wahab, Wan Robiah Meor Osman, & Mohammad Hossin. (2009). Kata ganda dalam dialek Melayu Sarawak. Prosiding Seminar Kebangsaan Linguistik SKALi, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lee, L. F., & Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Petunjuk bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (1997). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (1993). Tatabahasa dewan (edisi baru). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (2007). Pembentukan kata ganda separa bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaidi Ismail, Noresah Baharom, Ibrahim Ahmad, & Rusli Abd. Ghani. (2008). Kata ganda bahasa Melayu tinjauan bentuk berdasarkan korpus. Siri Monograf Penyelidikan Bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published
2012-06-21
How to Cite
Hassan, S. (2012). Kata Ganda Semu dalam Dialek Melayu Sarawak (DMS) . Issues in Language Studies, 1(1). https://doi.org/10.33736/ils.1685.2012