Fonologi variasi Kumpang di Sungai Ketungau: Analisis perbandingan

Phonological variant of Kumpang at Sungai Ketungau: A comparative analysis

  • ILS Journal Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Makalah ini mendeskripsikan fonologi variasi Kumpang, salah satu variasi Ibanik di Sungai Ketungau, Kalimantan Barat. Kajian ini merupakan sebuah kajian sinkronik yang mendeskriptif bahasa Ibanik kontemporari. Aspek linguistik yang dibincangkan ialah sistem vokal, diftong dan konsonan Kumpang. Dengan membandingkannya dengan data-data Ibanik yang lain, misalnya Demam, Sebaru’, Bugau, Banjur dan Iban, kajian ini mempersoalkan kajian-kajian terdahulu tentang jumlah vokal yang terkandung dalam bahasa Ibanik. Analisis terhadap diftong mendapati bahasa Ibanik kaya dengan kosa kata yang berdiftong /-ay/ justeru kerana wujud penjelmaan /*-aŋ/ dan /-an/ > /-ai/. Dari segi aspek konsonan, didapati fonem yang sepadan dengan /ɣ/ dalam variasi Kumpang adalah berdiversiti, misalnya muncul sebagai /r/, /ʁ/ ataupun /h/. Begitu juga dengan /-s/. Pada posisi akhir kata, /-s/ muncul sebagai alofon [-ҫ] atau [-h], bergantung kepada variasi Ibanik tertentu. Berdasarkan data perbandingan, kajian ini telah membuktikan kadar diversiti bahasa Ibanik sebenarnya sangat tinggi di Borneo Barat.

References

Adelaar, K. A. (1987). Proto-Malayic: The reconstruction of its phonology and parts of its lexicon and morphology. Unpublished Ph.D dissertation, University of Leiden.

Chaer, A. (2003). Linguistik Umum. Jakarta: Rineka Cipta.

Chong, S. (2003, Mac). Research in Saribas Valley: An interim report. Kertas kerja yang dibentangkan di Workshop on Ethnic Minorities in Southeast Asia, Selangor, Malaysia.

Chong, S. (2006). Menilai distribusi dan ciri linguistik varian Ibanik. Dalam S. Chong, K. Harun, & Y. Alas (Eds.), Reflections in Borneo Rivers: Essays in Honors of Professor James T. Collins, Book I (pp. 97-109). Pontianak: STAIN Pontianak Press.

Collins, J. T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (2004). Ibanic language in Kalimantan Barat, Indonesia: Exploring nomenclature, distribution and characteristic. Borneo Research Bulletin, 35, 17-47.

Dedy, A. A. (2004). Sastera lisan Sungai Saribas, Sarawak: Perspektif etnopuitika. (Tesis ijazah sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Hudson, A. B. (1970). A note on Selako: Malayic Dayak and Land Dayak language in Western Borneo. Sarawak Museum Journal, 18(36-37), 301-318.

Lam, C. K. (2006). The Iban population of Sarawak: 1947-2000. Working Paper Series no. 13. Samarahan, Malaysia: Institute of East Asian Studies.

Penyusun, T. (2006). Kamus bahasa Iban. Pontianak: STAIN Pontianak Press.

Rahim, A. (2005). Perbandingan fonologi dan morfologi bahasa Iban, Kantuk dan Mualang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Remmy, G. (2009). Kepelbagai variasi Iban dan pemilihannya dalam berinteraksi. (Tesis ijazah sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Sandin, B. (1968). Rajah Simpulang Gana. Kuching, Malaysia: Borneo Literature Bureau.

Published
2015-06-12
How to Cite
Journal, I. (2015). Fonologi variasi Kumpang di Sungai Ketungau: Analisis perbandingan. Issues in Language Studies, 4(1). https://doi.org/10.33736/ils.1643.2015