Bahasa Figuratif dalam Fajar Sarawak

(Figurative languages in Fajar Sarawak)

  • Hamidah Abdul Wahab Faculty of Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Fajar Sarawak merupakan surat khabar bahasa Melayu pertama yang diterbitkan di bumi Kenyalang pada tahun 1930 menerusi usaha Muhammad Rakawi bin Yusuf. Dengan objektifnya untuk memberi “perkhabaran am, pengajaran, pengetahuan dan penghiburan” kepada pembaca, akhbar ini lahir dengan bahasa yang sesuai dengan zamannya dalam mengungkapkan hal-hal agama, politik dan sosial. Aspek bahasa akan ditonjolkan dalam penelitian ini bagi mengetengahkan corak bahasa penulis Fajar Sarawak. Justeru, penelitian terhadap Fajar Sarawak akan memfokus kepada bahasa figuratif yang melibatkan unsur-unsur seperti personifikasi, metafora, simile, ironi, dan hiperbola. Kupasan sudut bahasa ini ternyata menyerlahkan kekreatifan dan kebijakan penulis dalam olahan gaya bahasa berkesan bagi menarik minat pembaca, di samping memaparkan gaya kepengarangan mereka.

References

Fajar Sarawak (Edisi Rumi). (1984). Petaling Jaya, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md. Sidin Ahmad Ishak, & Mohd. Saleeh Rahamad. (1998). Strategi bahasa: Panduan nahu dan retorik untuk penulisan. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Published
2012-06-21
How to Cite
Abdul Wahab, H. (2012). Bahasa Figuratif dalam Fajar Sarawak . Issues in Language Studies, 1(1). https://doi.org/10.33736/ils.1683.2012