TRANFORMASI SOSIAL DALAM ETNIK KENYAH SANG DI LONG SAN, BARAM, SARAWAK

  • Jeffrey Ngau Lenjau

Abstract

Objektif utama kajian ini bertujuan untuk menjelajahi transformasi sosial dalam masyarakat Kenyah Sang di Long San, Baram iaitu sebelum dan selepas memeluk agama Kristian pada tahun 1947. Pada konteks sejarah, kajian ini memberi fokus kepada salasilah keluarga Kenyah Sang keluarga Tama Lawai Anau sahaja. Sebelum berasimilasi dengan Kenyah Lebo Vo di Long San, Kenyah Sang menetap di kawasan yang berasingan tetapi berdekatan diantara satu sama lain. Hal ini bertujuan membentuk pakatan ketenteraan daripada serangan mengayau. Yang menariknya, kajian terhadap Kenyah Sang ini tidak pernah dilakukan oleh mana mana pengkaji terdahulu. Dengan erti kata lain, kajian ini merupakan kajian pertama yang menyelidiki dan merintis kepada kajian Kenyah Sang secara mendalam. Lantaran itu, kajian ini turut bertujuan untuk memelihara dan memulihara kebudayaan Kenyah Sang agar tidak lupus ditelan zaman. Oleh yang demikian, untuk mengkaji transformasi sosial Kenyah Sang ini, kajian ini mempunyai tiga objektif yang utama; (1) untuk menjejaki sejarah dan latar belakang Kenyah Lebo Sang sebelum dan selepas memeluk agama Kristian pada tahun 1947; (2), untuk menentukan apakah faktor utama menyumbang kepada tranformasi sosial Kenyah Sang di Long San; dan; (3), untuk mengakses implikasi transformasi sosial ini kepada kebudayaan Kenyah Sang di Long San. Bagi pengumpulan data pula, pengkaji menggunakan penyelidikan secara kualitatif. Antara alat pengumpulan data yag digunakan seperti temubual secara mendalam, sistem salasilah kekeluargaan dan buku akademik yang bersesuaian sahaja

Published
2018-01-22
How to Cite
Lenjau, J. N. (2018). TRANFORMASI SOSIAL DALAM ETNIK KENYAH SANG DI LONG SAN, BARAM, SARAWAK. Journal of Borneo-Kalimantan, 3(2). https://doi.org/10.33736/jbk.627.2017