Identiti Kaum Penan di Sarawak Berasaskan Modifikasi Modal Semula Jadi

The Identity of the Penan Community in Sarawak Based on the Modification of Natural Capital

Authors

  • Benard Upieh Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.33736/jbk.9331.2025

Keywords:

Kaum Penan, Identiti, Inovasi, Modal Semula jadi, Baram dan Telang Usan

Abstract

Hubungan timbal balik yang terjalin secara semula jadi antara masyarakat Penan dan modal semula jadi berpaksikan kepada keperluan asas kehidupan harian yang saling melengkapi. Kecenderungan masyarakat Penan untuk memodifikasi modal semula jadi dilihat sebagai satu strategi yang diadaptasi untuk memenuhi tuntutan kelangsungan hidup mereka. Seiring dengan itu, proses modifikasi ini telah membentuk suatu identiti unik yang mencerminkan budaya dan cara hidup masyarakat Penan yang dinamik. Makalah ini bertujuan meneliti pembentukan identiti masyarakat Penan berasaskan modifikasi terhadap modal semula jadi. Kajian empirikal telah dilaksanakan melibatkan komuniti Penan di Batu Bungan, Kampung Long Lesuan, dan Kampung Long Ludin, yang terletak dalam daerah Baram dan Telang Usan, Sarawak. Data dikumpulkan melalui pendekatan kualitatif yang merangkumi temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta di lapangan. Hasil kajian mengenal pasti kewujudan dua bentuk identiti utama dalam kalangan masyarakat Penan, iaitu (1) identiti tradisional dan (2) identiti teradaptasi. Kedua-dua bentuk identiti ini, secara kumulatif, membentuk susunan sosio-budaya masyarakat Penan kontemporari. Kajian ini mencadangkan agar pembentukan identiti tersebut dijadikan asas dalam wacana ilmiah bagi memperkukuh rujukan akademik yang berkaitan dengan komuniti peribumi. Pemeliharaan identiti masyarakat Penan dilihat sebagai aspek yang signifikan dalam usaha memperkukuh jati diri mereka, khususnya dalam konteks penyertaan yang lebih bermakna dalam masyarakat arus perdana. 

References

RUJUKAN

Bending, T. (2006). Penan Histories: Contentious narratives in upriver Sarawak. Feiburg: Kitlv Press.

Chua Yan Piaw. (2009). Kaedah dan Statistik Penyelidikan:Asas Statistik Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Davis, W., Mackenzie, I., and Kennedy, S. (1995). Nomads of the Dawn: The Penan of the Borneo Rain Forest. Pomegranate Artbooks, San Francisco.

Ellen, R. (2008). [Review of Beyond the Green Myth. Hunter-Gatherers of Borneo in the Twenty-First Century, by P. G. Sercombe & B. Sellato]. Anthropos, 103(1), 289–290. http://www.jstor.org/stable/40466926

Hood, S. (2006). Peoples and traditions. Kuala Lumpur: Star Standard Industries (Pte) Ltd.

Langub, J. (2008). Penan and the Pulong Tau National Park: historical links and contemporary life. Borneo Research Bulletin, 39, 128+. https://link.gale.com/apps/doc/A201548862/AONE?u=anon~70ae3c4f&sid=googleScholar&xid=28aaae3e

Langub, J. (2023). Space of Belonging: Engaging the State in Borneo. Journal of Borneo-Kalimantan, 9(2), 77–92. https://doi.org/10.33736/jbk.6332.2023

Liau, J. (2020). Demographic Profile of Penan Students in Two Public Secondary Schools and Academic Attainment of Their School. Journal of Borneo-Kalimantan, 6(2), 69–83. https://doi.org/10.33736/jbk.2903.2020

Malone, P. (2014) The Peaceful People; The Penan and their fight for the rainforest. Puchong: Vinlin Press Sdn Bhd.

Reeves, S., Kuper, A., & Brian, H., (2008). Qualitative Research Methodologies: Ethnography Toronto: University of Toronto Press Ltd.

SUARAM Komunikasi. (2010). A Wider Context of Sexual Exploitation Of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia. Selangor: Polar Vista Sdn.Bhd.

Zawawi, I. dan Noorshah, M.S. (2012). Masyarakat Penan dan Impian Pembangunan: Satu Himpunan Naratif Ketertpinggiran dan Jatidiri. Puchong: Vinlin Press Sdn.Bhd.

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Upieh, B. (2025). Identiti Kaum Penan di Sarawak Berasaskan Modifikasi Modal Semula Jadi: The Identity of the Penan Community in Sarawak Based on the Modification of Natural Capital. Journal of Borneo-Kalimantan, 11(2), 1–19. https://doi.org/10.33736/jbk.9331.2025