PERSEMBAHAN BANGSAWAN DI SARAWAK PADA ALAF KE-21

Authors

  • Nur Afifah Vanitha binti Abdullah

DOI:

https://doi.org/10.33736/jbk.630.2017

Abstract

Persembahan bangsawan yang terawal di Sarawak direkodkan pada tahun 1914 di Kuching. Kemudiannya bangsawan menjadi hiburan popular dalam kalangan masyarakat tempatan. Sejak itu teater ini telah berkembang dan melalui empat fasa selari dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosial negeri ini dari 1914 sehingga 2004. Setakat ini persembahan bangsawan terakhir yang dikaji adalah Bangsawan Cucu Sharif Masahor, yang dipentaskan oleh Medan Teater Sarawak (MANTERA) pada 2004. Sejak itu terdapat tiga persembahan bangsawan yang telah dipentaskan dengan peruntukan yang besar. Sehubungan itu, dengan menggunakan teori Persembahan Richard Schechener (1985), kertas kerja ini bertujuan menjawab persoalan, ‘apakah ‘production mode’ tiga persembahan selepas Bangsawan Cucu Sharip Masahor 2004? Data bagi menjawab persoalan ini diperolehi dari kajian jenis fundamental dengan rekabentuk kajian kualitatif. Instrumen kajian utama bagi mengumpul data adalah temubual dengan para penggiat teater di Kuching yang terlibat dalam perancangan dan pementasan teater tersebut. Selain itu, analisa kandungan turut dilakukan terhadap akhbar dan bahan bercetak pementasan bangsawan seperti buku program persembahan. Dapatan kajian dalam artikel ini adalah, ‘production mode’ persembahan bangsawan di Sarawak masih sama dengan persembahan bangsawan 2004. Tenaga produksinya terdiri daripada para penggiat sekitar Kuching, tujuan pementasan adalah untuk memelihara bangsawan, menggunakan dana dari agensi kerajaan dan juga agensi bukan kerajaan, serta kaedah pengurusan berbentuk pengkhususan dalam menguruskan persembahan-persembahan ini.

Published

2018-01-22

How to Cite

Abdullah, N. A. V. binti. (2018). PERSEMBAHAN BANGSAWAN DI SARAWAK PADA ALAF KE-21. Journal of Borneo-Kalimantan, 3(2). https://doi.org/10.33736/jbk.630.2017