PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM MELESTARIKAN SUNGAI MELALUI PROGRAM PENAMBAHBAIKAN STOCK UDANG GALAH: KAJIAN KES DI SUNGAI PETAGAS, SABAH

Authors

  • Marthelreda Choo
  • Gaim Lunkapis
  • Ann Anton

DOI:

https://doi.org/10.33736/jbk.628.2017

Abstract

Kertas kerja ini meneliti tentang penglibatan komuniti dalam melestarikan sungai melalui Program Penambahbaikan Stok Udang Galah di Sungai Petagas. Masyarakat merupakan salah satu komponen penting dalam mencapai pembangunan lestari bersama dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan berkongsi tanggungjawab, merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau alam sekitar. Penglibatan komuniti merupakan elemen yang penting dalam menjayakan program yang dilaksanakan oleh Institusi Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah untuk bertujuan memulihara sungai tersebut. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik dilaksanakan dengan memilih penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai di mana projek dijalankan. Berdasarkan penemuan kajian, penglibatan komuniti setempat dalam Program Penambahbaikan Stok Udang Galah dapat mengurangkan pencemaran di kawasan tersebut. Dengan ini, program yang dilaksanakan berupaya melestarikan sungai dan secara tidak langsung dapat membekalkan air bersih kepada komuniti.

Downloads

Published

2018-01-22

How to Cite

Choo, M., Lunkapis, G., & Anton, A. (2018). PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM MELESTARIKAN SUNGAI MELALUI PROGRAM PENAMBAHBAIKAN STOCK UDANG GALAH: KAJIAN KES DI SUNGAI PETAGAS, SABAH. Journal of Borneo-Kalimantan, 3(2). https://doi.org/10.33736/jbk.628.2017