Imej Suku Dayak di Mata Pengarang Melayu: Suatu Penelitian ke Atas Naskhah Syair Perang Cina di Monterado

Authors

  • Steven Alezender Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
  • Jacqueline Karimon

DOI:

https://doi.org/10.33736/jbk.4690.2023

Keywords:

Dayak tribe, primitive, Kalimantan, author, poem, image.

Abstract

Buku sejarah Eropah sebelum tahun 1800 Masihi tidak ketinggalan dari memerihalkan penempatan mereka iaitu Pulau Kalimantan sebagai sebuah tempat utama yang penuh dengan kekejaman, keganasan dan kematian yang mengejut. Demikianlah gambaran yang sering kali melekat dengan sosok suku ini sewaktu namanya disebutkan sesuai dengan konotasi kata “Dayak” itu sendiri. Menjalani kehidupan jauh diceruk pedalaman yang berhutan tebal dan bergunung ganang memungkinkan suku ini tidak terdedah dengan beberapa aspek penting dalam kehidupan terutamanya dalam bidang keilmuan dan keintelektualan. Keterlambatan suku Dayak terdedah
dengan bidang keilmuan membataskan mereka untuk menguasai sistem tulis dan baca sehingga menyebabkan mereka hanya bergantung kepada tetek tatum iaitu kesusasteraan lisan yang diwarisi untuk mengujarkan latar belakang mereka. Senario ini sedikit sebanyak memberikan kesukaran kepada para sarjana untuk menekuni perihal suku Dayak ini. Namun, dengan menggunakan pendekatan sosiologi dalam meneliti naskhah historiografi Syair Perang Cina di Monterado, analisis mendapati bahawa pengarang naskhah ini tidak hanya merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku di Kalimantan Barat semata-mata malah turut memanfaatkan ruang karyanya itu untuk memuatkan sejumlah gambaran mengenai suku Dayak. Imej suku Dayak yang diabdikan oleh pengarang lewat naskhah syair historiografi ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai salah satu sumber untuk mencermati dan mengenali suku Dayak dengan lebih dekat lagi.

References

Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria. (2011). Opu Bugis Lima Bersaudara: Peranan Daeng Menambun Ibni Daeng Rilekkek Dalam Kerajaan Di Alam Melayu Pada Abad Ke-18. Jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah, 39, 41-68.

Arena Wati (pngr.). (1989). Syair Perang Cina di Monterado. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamid Darmadi. (2016). Dayak Asal-Usul dan Penyebarannya di Bumi Borneo. Jurnal Pendidikan Sosial, 3(2), 322-340

Ida Bagus Putu Prajna Yogi. (2018). Padi Gunung Pada Masyarakat Dayak, Sebuah Budaya Bercocok Tanam Penutur Austronesia (Melalui Pendekatan Etnoarkeologi). Jurnal Forum Arkeologi, 31(1), 45-56

Khairiah Binti Mohd. Yassin. (2014). Hubungan Budaya dan Ilmu dari Prespektif Barat dan Islam. MANU, 20, 25-51.

Mohd. Koharuddin Bin Mohd. Balwi. (2004). Tradisi keilmuan dan Pendidikan Dalam Tamadun Melayu di Nusantara. Jurnal Kemanusiaan, 3, 48-62.

Safwan Razali & Zubir Idris. (2018). Gambaran Masyarakat Melayu Tradisional Dalam Syair Putera Mahkota. Jurnal Melayu, 17(2), 225-240.

Sujarni Alloy, Albertus & Chatarina Pancer Istiyani. (2008). Mozaik Dayak: Keberagaman Subsuku dan Bahasa Dayak di Kalimantan Barat. Pontianak, Kalimantan Barat: Institut Dayakologi.

Tjilik Riwut. (1979). Kalimantan Membangun. Kalimantan: Pelangka Raya.

Wadley, Reed L. (2007). Slashed and Burned: War, Environment, and Resource Insecurity in West Borneo during the Late Nineteenth and Early Twentieth Centuries. Source: The Journal of the Royal Anthropological Institute, 13(1)

WP. Andrew. (2008). Peta Tematik Kebudayaan dan Sejarah Pemerintahan KalimantanBarat. Pontianak, Kalimantan Barat: Balai Pelestarian Sejarah dan Nilai Tradisional Pontianak.

Yekti Maunanti. (2004). Identitas Dayak: Komodifikasi dan Politik Kebudayaan. Yogyakarta, Jawa: LKiS Yogyakarta.

Yuvenalis Lahajir. (1993). Gerakkan Solidaritas Kebudayaan Dayak Suatu Kebutuhan Mendesak dalam Era Pembangunan Jangka Panjang Tahap Kedua. Makalah dibentangkan dalam Musyawarah Besar Masyarakat Dayak Kalimantan Timur. Samarinda, 30 Mac-2 April.

Yusriadi. (2018). Identitas Dayak dan Melayu di Kalimantan Barat. Handep, 1(2), 1-16

Downloads

Published

2023-06-29

How to Cite

Alezender, S., & Karimon, J. (2023). Imej Suku Dayak di Mata Pengarang Melayu: Suatu Penelitian ke Atas Naskhah Syair Perang Cina di Monterado. Journal of Borneo-Kalimantan, 9(1), 1–12. https://doi.org/10.33736/jbk.4690.2023