Aspek kelewahan dalam laporan akhbar atas talian

(Redundancies in online news reports)

  • Hamidah Abdul Wahab Faculty of Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Pelaporan sesuatu mesej menggunakan bahasa yang jelas serta tepat amat penting dalam penulisan laporan akhbar. Justeru, amalan kelewahan dalam konteks ini wajar dielakkan bagi memberi pemahaman yang lebih menyeluruh kepada pembaca, bukan sahaja dari segi kandungannya, malah meliputi sudut penggunaan bahasanya. Berasaskan hal ini, kajian ini akan meneliti aspek kelewahan dalam laporan akhbar tempatan atas talian. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian berserta huraian deskriptif, tinjauan terhadap laporan akhbar tempatan atas talian menunjukkan bahawa unsur kelewahan adalah ketara dari sudut imbuhan pada leksikal dan penggunaan perkataan. Merujuk fenomena ini, disarankan agar penulis laporan akhbar mengambil inisiatif memantapkan mutu penulisan mereka, terutamanya dari segi pematuhan terhadap aspek nahu. Langkah ini perlu digiatkan oleh penulis bagi menghasilkan berita akhbar yang lebih bermutu, khususnya dari segi penulisan dan kandungannya, dan pada masa sama berupaya menonjolkan sisi kepengarangan penulis yang lebih beretika dalam menggunakan bahasa utama negara. Hal ini adalah sejajar dengan penghormatan yang harus diberi kepada status bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa rasmi Malaysia.

References

Asmah Omar. (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee, L. F., & Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Petunjuk bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published
2012-12-26
How to Cite
Abdul Wahab, H. (2012). Aspek kelewahan dalam laporan akhbar atas talian . Issues in Language Studies, 1(2). https://doi.org/10.33736/ils.1691.2012