Isu istilah, kata dan diksi dalam berbahasa (Issues in terminologies, words and diction in language use)

  • Roslan Ali Faculty of Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Ramai yang melihat “istilah” dan “kata” sebagai suatu perkara yang sama. Padahal, kedua-duanya berbeza antara satu sama lain. Lebih menghairankan lagi, ada pengguna bahasa yang menggunakan istilah bahasa dan diksi (pemilihan kata) yang salah tanpa ada perasaan malu sedikitpun. Selain itu, ada juga yang suka menggunakan bahasa Melayu yang bercampur baur dengan bahasa Inggeris kerana mereka tidak pandai lagi menggunakan bahasa sendiri sebagai alat komunikasi dan ilmu. Pengaruh dan proses peminjaman bahasa asing ke bahasa Melayu juga menjadi salah satu faktor penyebab kurangnya penggunaan kata-kata asli bahasa Melayu dalam berbahasa. Akibatnya, kata-kata jati tersebut semakin dilupai dan mungkin tidak akan diketahui maknanya nanti oleh generasi akan datang. Kalau itu yang terjadi, benarlah peribahasa yang berbunyi ‘hilang bahasa, lenyaplah bangsa’. Peribahasa ini menunjukkan bahasa perlu disanjung dan tidak dipinggirkan demi menjaga maruah sesuatu bangsa. Dalam konteks bahasa Melayu, kita rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga sekiranya kita dapat bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan tepat tanpa bercampur aduk dengan bahasa lain.

References

Darwis Harahap. (1991). Persoalan bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. (1977). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roslan Ali. (2011). Penterjemahan dan interpretasi mushtarak lafzi dalam al-Quran al-Karim: Satu kajian bandingan antara kitab tafsir pimpinan ar-rahman dengan al-Quran mushhaf Malaysia dan terjemahan. (Tesis PhD yang belum diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Nathesan, S. (2002). Beberapa persoalan penggunaan bahasa Melayu dan penyelesaiannya. Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published
2015-06-12
How to Cite
Ali, R. (2015). Isu istilah, kata dan diksi dalam berbahasa (Issues in terminologies, words and diction in language use). Issues in Language Studies, 4(1). https://doi.org/10.33736/ils.1644.2015