Kesedaran Ibu Bapa Tentang Kepentingan Pengambilan Awal Vaksin Terhadap Bayi dan Kanak-kanak.

Kajian Kes : Kampung Tanjung Apong, Asajaya, Sarawak.

Authors

  • Nurul Shahiezzan Samsudin Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sarawak
  • Athirah Azhar Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sarawak

DOI:

https://doi.org/10.33736/tur.4361.2022

Keywords:

vaccine, infant, children, anti-vaccine, health, awareness

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui Kesedaran Ibu Bapa Tentang Pengambilan Awal Vaksin Terhadap Bayi dan Kanak-kanak di Kampung Tanjung Apong, Asajaya, Sarawak. Terdapat tiga objektif kajian iaitu faktor pengambilan suntikan awal vaksin, kesan pengambilan suntikan awal vaksin dan pandangan ibu bapa terhadap golongan anti-vaksin. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temubual dengan mengambil lima orang penduduk kampung sebagai sampel. Sampel dipilih secara rawak di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak dalam kategori bayi atau kanak-kanak. Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati, ibu bapa bersetuju dengan pengambilan suntikan awal vaksin kepada anak mereka dapat meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi anak mereka selain tidak dikenakan sebarang caj tambahan. Tahap kesihatan anak juga menunjukkan kesan positif seperti kurang mengalami demam dan terhindar daripada penyakit mudah berjangkit. Ibu bapa berpendapat bahawa penolakan vaksin dari segelintir individu adalah kerana lebih mempercayai info luar berbanding bertanya sendiri kepada pakar kesihatan di klinik atau hospital. Kesimpulannya, kepentingan pengambilan suntikan vaksin yang dikatakan boleh meningkatkan kesihatan anak telah membuatkan ibu bapa bersetuju dengan pengambilan vaksin sekaligus mempercayai bahawa suntikan vaksin membantu anak membesar dengan sihat dan sempurna.

The purpose of this study is to know parents’ awareness on early vaccination of infants and children in Kampung Tanjung Apong, Asajaya, Sarawak. There are three objectives of the study, namely, to identify the factors indicating parents’ intention for early vaccination among infants; explore the effect of early vaccination towards infant; and, examine the parents’ view on the anti-vaccine group. This qualitative study uses the interview method by taking five villagers as sample. Random sampling was adopted to choose those parents with children. Simple descriptive analysis explains this study. The results of the study found that parents agreed on the early vaccination of their children to improve their health and immunization. Parents were also receptive to the idea since it was cost-free. Parents also revealed that vaccination showed positive effects towards the child's health such as less fever, and have avoided infectious diseases. Parents argue that some individuals refuse to enrol in a vaccination program for their infants and because they trust outsiders more even those without medical background, rather than refer to a health professional at a clinic or hospital. In conclusion, the importance of vaccination which is said to improve the child's health has made parents agree with the vaccine while believing that vaccine injection helps children grow up adequately healthy.

References

Alonso, J. A. N., González, P. J. B., & Carbonell, J. C. N. (2001). Analysis of factors influencing vaccine uptake: perspective from Spain. Vaccine, 20, S13-S15.

https://doi.org/10.1016/S0264-410X(01)00300-0

Azzahra, T. F & Ramli, M. A. (2017). Penetapan keperluan vaksinasi terhadap kanak-kanak oleh pemerintah menurut perspektif Syarak. The International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society. https://www.researchgate.net/publication/314443680_Penetapan_Keperluan_Vaksinasi_Terhadap_Kanak-kanak_Oleh_Pemerintah_Menurut_Perspektif_Syarak

Hamid, S. A (2018). Anti Vaksin: Apakah Natijahnya Kepada Masyarakat. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. PASAK3_1119.pdf (kuis.edu.my).

Jawatankuasa Penasihat Vaksin Negara (2015). Menilai Keadaan Kepercayaan Vaksin di Amerika Syarikat: Cadangan dari Jawatankuasa Penasihat Vaksin Nasional. Laporan Kesihatan Awam (1974-), 130(6), 573-595. http://www.jstor.org/stable/43776224

Kata, A. (2010). A postmodern Pandora's box: Anti-vaccination misinformation on the internet. Vaccine 28 (7), 1709-1716. https://immunize.ca/sites/default/files/resources/1700e.pdf

https://doi.org/10.1016/j.vaccine.2009.12.022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015). Soalan Lazim Mengenai Vaksin dan Imunisasi. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&ved=2ahUKEwjmm7qNsvvyAhWGxDgGHWcAAQMQFnoECAUQAQ&url=https%3A%2F%2Fwww.moh.gov.my%2Findex.php%2Ffile_manager%2Fdl_item%2F554756755a584a69615852686269394859584a70637942515957356b645746754c31426c626d6431636e567a595734675330567a615768686447467549435967613246335957786862694277655774706443395462324673595735666247463661573166596d5679613246706447467558315a6861334e70626c394a6258567561584e6863326c664d4449774e7a49774d5455756347526d&usg=AOvVaw0zERTY1vC3AdGBzMmBZH6m

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2015). Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/52-sektor-kesihatan-sekolah

Kimmel, S. R., Burns, I. T., Wolfe, R. M., & Zimmerman, R. K. (2007). Addressing immunization barriers, benefits, and risks. Journal of Family Practice, 56(2), S61-S61.

Ramli, M. A., Tengku Md Fauzi, T. F. A., & Mohd Razif, N. F. (2019). Autoriti Kerajaan Dalam Mewajibkan Vaksinasi Kanak-kanak: Kajian Menurut Perspektif Hukum Islam (Authority of the Government to Enforce Child Vaccination: A Study from the Islamic Ruling Perspective). UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6(2), 21-35. https://doi.org/10.11113/umran2019.6n2.243

https://doi.org/10.11113/umran2019.6n2.243

Seeni, S. (2018). Apakah Kepentingan Vaksin, Adakah Vaksin Perlu Diwajibkan?.

https://www.doctoroncall.com.my/kepentingan-vaksin#show

Yeong, M. L. (2015). Imunisasi: Fakta dan Kemusykilan. Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/

Zaitie, S. (2020, December 11). Tolak Vaksin Ancam Kesihatan Global. Harian Metro. http://www.hmetro.com.my/sihat/2019/02/42051/tolak- ancam-kesihatan-global

Downloads

Published

2022-06-28

How to Cite

Samsudin, N. S., & Azhar, A. (2022). Kesedaran Ibu Bapa Tentang Kepentingan Pengambilan Awal Vaksin Terhadap Bayi dan Kanak-kanak.: Kajian Kes : Kampung Tanjung Apong, Asajaya, Sarawak. Trends in Undergraduate Research, 5(1), h1–8. https://doi.org/10.33736/tur.4361.2022

Issue

Section

Social Sciences and Humanities