Ironi Dalam Bahasa Kiasan Punjabi: Analisis Semantik Inkuisitif

Authors

  • BALVEEN KAUR
  • MARY FATIMAH SUBET

DOI:

https://doi.org/10.33736/tur.1593.2019

Abstract

Bahasa merupakan satu medium penyampaian pelbagai hasrat yang berkesan. Kajian ini mengkaji bahasa kiasan Punjabi yang digunakan oleh masyarakat Sikh di Malaysia. Objektif kajian  adalah untuk mengenal pasti unsur haiwan dalam bahasa kiasan Punjabi. Kajian ini berbentuk kualitatif. Lima bahasa kiasan yang berunsurkan haiwan yang dikutip melalui kaedah temu bual dianalisis berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil kajian mendapati bahawa ada beberapa nasihat melalui bahasa kiasan yang memasukkan unsur haiwan dalam ujarannya. Didapati makna pada peringkat permukaan semantik, cuma memaparkan makna selapis sahaja. Dengan pendekatan semantik inkuisitif, dapatan kajian menunjukkan penyebutan unsur haiwan dalam ujaran bahasa kiasan masyarakat Punjabi berbaur ironi dan mempunyai falsafah kehidupan masyarakat ini. Setiap bahasa kiasan yang dianalisis memaparkan makna berlapis yang perlu dikupas dengan mengaitkan makna selapis berkenaan dengan kehidupan masyarakat Punjabi secara keseluruhan yang merangkumi aspek norma dan pemikiran mereka serta tindak tanduk kehidupan yang mereka harungi seharian. Kajian juga mendapati bahawa ujaran kiasan ini dicipta berdasarkan pengamatan terhadap persekitaran dan alam pemikiran mereka yang berbentuk abstrak dan memerlukan pengamatan teliti. Akhirnya, didapati bahawa pendekatan semantik inkuisitif yang menggabungjalinkan data, teori, kognitif, falsafah dan akal budi sesebuah masyarakat dapat memaparkan makna sebenar yang hendak disampaikan menerusi bahasa kiasan ini. Dengan kaedah semantik skrip, makna selapis mudah diketahui. Kemudian dengan semantik resonans, pemetaan makna selapis ini dikaitkan dengan kognitif penutur dan akhirnya dengan analisis semantik inkuisitif, makna yang lebih deskriptif dapat dijelmakan. Kaitan makna dapat dikonstruk satu per satu dengan tiga peringkat analisis dalam semantik inkuisitif. Makna yang diperoleh lebih tinggi kesahannya.

References

A.T. Bowling & A. Ruvinsky. (2000). The genetics of the horse. New York, NY: CABI Publishing.

https://doi.org/10.1079/9780851994291.0000

Anis Kurniawan. (2015). Pengertian semantik dan contohnya lengkap. Dimuat turun daripada http://www.gurupendidikan.com/pengertian-semantik-dan-contohnya-lengkap

Effendi, Cacang., & N. S. Budiana. (2014). Kucing: Complete Guide Book For Your Cat. Jakarta, Indonesia: Agriflo.

Horowitz.A. (2009). Inside of a dog. London, UK. Simon and Schuster UK Ltd.

Mary Fatimah Subet. (2018). Analisis teori relevans dalam metafora. Jurnal Bahasa, 18(1). 159-188.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Fauzi Jumingan. (2003). Penterjemahan bahasa figuratif Arab Melayu: Satu analisis teori relevans. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2009). Perkembangan Semantik Malaysia: Sorotan Ilmiah. Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial Terapan. Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rogayah Osman. (2012). Kesisteman Metafora Simpulan Bahasa: Analisis Semantik Kognitif. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Metafora konsepsi emosi marah dalam data korpus teks tradisional melayu. Kertas kerja Seminar Linguistik Kebangsaan (SLIK 2015), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 20-21 Januari.

Sarjit Singh. (1999). Diaspora dan masalah identiti Sikh di Malaysia. Akademika 56 (Julai). 183 - 192.

Suriati Zakaria, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2016). Konsep ruang dalam anggun cik tunggal: Analisis semantik inkuisitif. GEMA Online® Journal of Language Studies, 16 (3). 187-204.

https://doi.org/10.17576/gema-2016-1603-12

Suziana Mat Saad, Nor Hashimah Jalaluddin, & Imran-Ho Abdullah. (2017). Kehidupan adalah perjalanan: analisis metafora konseptual dalam salina dan la vie devant soi. Jurnal Akademika. 87(1). 189-205.

https://doi.org/10.17576/akad-2017-8701-14

Syed Arabi Idid. (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

2019-06-28

How to Cite

KAUR, B., & SUBET, M. F. (2019). Ironi Dalam Bahasa Kiasan Punjabi: Analisis Semantik Inkuisitif. Trends in Undergraduate Research, 2(1), f1–7. https://doi.org/10.33736/tur.1593.2019

Issue

Section

Language and Communication