Intervensi Visualisasi Tajwid: Keberkesanan Media Flashcard Terhadap Pembelajaran Mengingat Huruf Mad (Hukum Nun Sakinah (ْن) dan Tanwin (ـٌـــ ,ـٍـــ ,ًـــ ))

Authors

  • Siti Nasuha Binti Singki Madam
  • Salinayanti Salim
  • Siti Aishah Chu Abdullah

DOI:

https://doi.org/10.33736/tur.10403.2025

Keywords:

Hukum Tajwid, Intervensi, Bacaan Al-Quran, Flashcard, Interaktif

Abstract

Ilmu tajwid merupakan aspek penting dalam membaca al-Quran kerana ia memastikan setiap huruf dilafazkan dengan betul mengikut makhraj dan sifatnya. Namun, penguasaan hukum tajwid, khususnya hukum nun sakinah (ْن) dan tanwin (ـٌـــ ,ـٍـــ ,ًـــ ),  masih lemah dalam kalangan pelajar, terutamanya mereka yang berprestasi rendah. Kekeliruan dalam mengenal pasti dan mengaplikasikan hukum serta kekurangan bahan bantu mengajar yang interaktif menjadi antara penyebab utama. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap hukum tajwid tersebut melalui intervensi penggunaan media berasaskan flashcard dalam kelas Halaqah yang direka khusus untuk pelajar program Pendidikan Islam bagi memperkukuh kemahiran bacaan al-Quran mereka. Kajian ini menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) yang melibatkan empat fasa iaitu pemerhatian, perancangan, tindakan dan refleksi. Seramai 40 orang pelajar terlibat, namun hanya 12 orang pelajar berprestasi rendah dipilih sebagai fokus kajian berdasarkan keputusan ujian pra. Intervensi visualisasi tajwid berasaskan permainan media flashcard dilaksanakan selama sebulan bagi membantu pelajar mengenal, mengingat dan membezakan hukum nun sakinah dan tanwin. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan tajwid dalam kalangan pelajar berdasarkan perbandingan ujian pra dan pos. Peningkatan ini dapat dikesan menerusi keputusan ujian pos yang dilaksanakan pada akhir intervensi yang menunjukkan perbezaan ketara antara ujian pra dan pos. Selain itu, peningkatan menerusi pemerhatian juga dilihat dari segi keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, serta keseronokan dalam proses pembelajaran. Penemuan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan media flashcard sebagai intervensi visual mampu meningkatkan penguasaan hukum tajwid secara signifikan melalui pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan berfokuskan pelajar. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada bidang Pendidikan Islam dengan menawarkan model intervensi pembelajaran tajwid yang terbukti efektif untuk meningkatkan prestasi pelajar berprestasi rendah.

References

Agensi Kelayakan Malaysia. (2013). Programme standards: Islamic studies. Agensi Kelayakan Malaysia. https://www2.mqa.gov.my/qad/v2/garispanduan/2013/PS_Islamic_Studies.pdf

Annur, N., Fitriani, F., Marwiyah, S., & Zainuddin, F. (2023). The effectiveness of flashcard media in improving students’ cognitive abilities in learning Tajwid rules. Journal of Social Science Education, 1(1), 1–7. Retrieved from https://ssed.or.id/journal/josse/article/view/53

Anugrah, S., & Siregar, H. S. (2020). Improving students’ learning motivation through flashcard media. International Journal of Educational Research and Social Sciences (IJERSC), 1(3), 203–210.

Aulia, K. (2021). Pengembangan media flashcard pada materi sistem ekskresi kelas VIII MTs Guppi Samata [Tesis sarjana, Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar].

Azarnoosh, M. (2014). The effect of color-coded materials on vocabulary learning of Iranian EFL learners. Journal of Language Teaching and Research, 5(5), 1104–1109. https://doi.org/10.4304/jltr.5.5.1104-1109

Azizah, N. A. (2019). Pengembangan aplikasi “Smart Tajwid” Berbasis android untuk meningkatkan motivasi belajar tajwid siswa pada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Edulab : Majalah Ilmiah Laboratorium Pendidikan, 4(1), 47–70. https://doi.org/10.14421/edulab.2019.41-04

Bujak, K. R., Radu, I., Catrambone, R., MacIntyre, B., Zheng, R., & Golubski, G. (2013). A psychological perspective on augmented reality in language learning: The ARbis Pictus model. Computers & Education, 68, 1–14. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2013.02.019

Dunn, R., & Dunn, K. (1978). Teaching students through their individual learning styles: A practical approach. Reston Publishing Company.

Dunn, R. S., & Dunn, K. J. (1993). Teaching secondary students through their individual learning styles: Practical approaches for grades 7–12 (1st ed.). Allyn & Bacon. Retrieved from https://archive.org/details/teachingsecondar0000dunn

Dzulkifli, M. A., & Mustafar, M. F. (2013). The influence of colour on memory performance: a review. The Malaysian journal of medical sciences : MJMS, 20(2), 3–9. Retrieved from https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC3743993/

Fahim, A. (2024). An English Translation of Hidayatul Mustafid fi Ahkaamit-Tajweed. Dar Makkah International. ISBN: 9789953506296.

Faridah Mahadi, Husin, M. R., & Md Hassan, N. (2022). Gaya pembelajaran: Visual, auditori dan kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(1), 29–36. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0401.341

Irada, C. Y., & Setiawan, H. R. (2024). Hubungan penggunaan media flashcard dengan hasil belajar peserta didik pada mata pelajaran ilmu tajwid di SMP IT Iqra’ Medan. Journal of Education Research (Jurnal Pendidikan Islam), 5(2), 1850–1860. https://doi.org/10.37985/jer.v5i2.1087

Jaafar, H. H., & Mat Said, M. H. (2019). Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu Tajwid. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 4(2), 8-17. https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3387

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner.

Maryanto, R. I. P. Wulanata, I. A. (2018) ‘Penggunaan media flashcard untuk meningkatkan pengenalan bentuk huruf siswa kelas i pada mata pelajaran Bahasa Indonesia di Sekolah Abc Manado’, Pedagogia, 16(3), 305. https://doi.org/10.17509/pdgia.v16i3.12073

Farhan, M. (April 2, 2020). irshad hukum siri ke-482: Hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/4409-irsyad-al-fatwa-siri-ke-482-hukum-membaca-al-Quran-dengan

Munthe, B., & Sitinjak, M. D. (2019). Improving students' vocabulary mastery by using flashcard. Budapest International Research and Critics in Linguistics and Education (BirLE) Journal, 2(4), 112–118.

Munthe. A. P., dan Sitinjak. J. V. (2019). Manfaat serta kendala menerapkan flashcard pada pelajaran membaca permulaan. Jurnal Dinamika Pendidikan 11(3):210

Norwadatun, M. R., Maisarah, S., & Siti Rosilawati, r. (2021). Kemahiran bacaan al-quran secara bertajwid di kalangan pelajar sekolah menengah harian: Satu tinjauan awal. Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021) FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

Novriadi, D., & Firmasari, D., (2022). Implementasi media pembelajaran berbasis multimedia pada materi tajwid dalam meningkatkan hasil pelajar siswa. Media Informasi Pendidikan Islam. At-Ta’lim, 21(2), 147-163 DOI:10.29300/attalim.v21i2.8417

Aziz, N. A. A., & Jaafar, N. (2018). Penguasaan pembelajaran Al-quran berbantukan aplikasi multimedia interaktif Smart Iqra’: Kajian di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 2(2), 24-36. DOI:10.33102/jqss.vol2no2.16

Rashidah Md Hasan, Nik Rosila Nik Yaacob, Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya. (2015). Pencapaian kelancaran bacaan, fasohah dan hukum tajwid dalam tilawah al-Quran murid sekolah rendah: satu tinjauan awal, International Conference on Islamic Education and Social Enterpreneurship. pp. 511-518. DOI: 10.13140/RG.2.1.1362.1842

Padriyanti, Zakir, S., Akbar, M. A., Hilmi, M., & Yakin, L. N. (2024). Learning Qira’ah Al-Qur’an using the Tilawati mobile application in the digital era. INTIHA: Islamic Education Journal, 2(1), 202–209. https://doi.org/10.58988/intiha.v2i1.324

Rifai, & Nurhaliza, Z. (2023). Effect of using AnkiDroid on cognitive learning outcomes of Islamic religious education. Journal of Education Insight, 2(1), 37–47. https://doi.org/10.61978/eduscape.v2i1.164

Rogers, C. R. (1969). Freedom to learn. Charles E. Merrill.

Sari S., Wahidah, I.I.N., Wati. S., Fadiana. D., & Tarihoran. N. (2024). The use of flashcards and its effectiveness in ELT: A systesakinahc review. Jurnal Pendidikan dan Keguruan, 2(7), 884-897. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/381887113

Thaha, S. (2016). Panduan Lengkap dan Praktis Ilmu Tajwid, Jawa Barat: Fathan Prima Media

Wahyuni, S. (2020). Penerapan Media Flash Card untuk Meningkatkan Hasil Belajar Tema “Kegiatanku .” 4(1), 9–16. https://doi.org/10.23887/jisd.v4i1.23734

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Harvard University Press.

Wati. I. K., Oka. I. G., & Padmadewi. N. N. (2021). Penggunaan flash card dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa inggeris peserta didik. Indonesian Gender and Society Journal , 1(2), 41-49. https://doi.org/10.23887/igsj.v1i2.39081

Zulkifli, S., & Hamid, N. (2022). Visual strategies in islamic pedagogy. Journal of Islamic Education Studies, 8(2), 45–56. https://doi.org/10.15282/jies.v8i2.131

Downloads

Published

2025-12-14

How to Cite

Binti Singki, S. N., Salim, S., & Abdullah, S. A. C. . (2025). Intervensi Visualisasi Tajwid: Keberkesanan Media Flashcard Terhadap Pembelajaran Mengingat Huruf Mad (Hukum Nun Sakinah (ْن) dan Tanwin (ـٌـــ ,ـٍـــ ,ًـــ )). Trends in Undergraduate Research, 8(2), f44–62. https://doi.org/10.33736/tur.10403.2025

Issue

Section

Language and Communication