TY - JOUR AU - Ahmad Syafiq Amir Abdullah Zawawi AU - Fazal Mohamed Mohamed Sultan AU - Azhar Jaludin PY - 2022/06/27 Y2 - 2024/03/29 TI - Subjek Nul Pro Bahasa Melayu: Suatu Penilaian Semula Berpandukan Kerangka Minimalis JF - Issues in Language Studies JA - ILS VL - 11 IS - 1 SE - Articles DO - 10.33736/ils.4122.2022 UR - https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/4122 AB - Kajian ini bertujuan untuk menilai semula kehadiran pro dalam bahasa Melayu dari perspektif teoretikal. Data yang digunakan dalam kajian ini dijana daripada Korpus DBP. Jenis data bagi kajian ini dipilih daripada ayat kewujudan yang tidak bersubjek zahir dan dianalisis menggunakan kerangka Minimalis. Kajian ini menyanggah kehadiran subjek pro bahasa Melayu yang dibincangkan Kader (2003). Kajian ini mencadangkan sub, mengisi posisi [Spes,FKALA] bagi ayat berklausa finit yang tidak bersubjek zahir. Kajian ini berpendapat pro tidak layak ditandakan dalam struktur bahasa Melayu kerana ciri-ciri kata kerja (K) bahasa Melayu tidak kaya dengan sebarang affiks yang mewakili subjek yang hadir bersama K seperti bahasa Itali. Kehadiran sub dalam ayat yang tidak bersubjek zahir pula dimotivasikan oleh fitur [N] yang dibawa oleh sub dan fitur tak berinterpretasi EPP [uN*] pada KALA. Kajian ini memperlihatkan pergerakan sub dari posisi [Spes,FK] ke posisi [Spes,FKala] bagi memenuhi EPP. Kajian ini juga menafikan Carnie (2006) yang mendakwa subjek nul hanya berlaku dalam bahasa yang memiliki Sistem Morfologi Keserasian Kaya sahaja. Sebaliknya, subjek nul wujud dalam bahasa Melayu dan kajian ini berpendapat bahasa Melayu sebagai bahasa separa-pro-drop dan posisi subjek implisit diisi oleh elemen nul sub secara sejagat.  ER -