TY - JOUR AU - Khairul Taufiq Abu Bakar AU - Nor Hashimah Jalaluddin AU - Fazal Mohamed Mohamed Sultan PY - 2021/12/16 Y2 - 2024/03/28 TI - Sorotan Semula Tatabahasa Dewan JF - Issues in Language Studies JA - ILS VL - 10 IS - 2 SE - Articles DO - 10.33736/ils.3448.2021 UR - https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/3448 AB - Kajian ini membincangkan perihal contoh-contoh penggunaan kata kerja yang boleh juga mendukung makna tersirat yang mengikut acuan teori tatabahasa yang berasaskan konsep Transformasi-Generatif didapati boleh juga melanggar sekatan pilihan. Walau bagaimanapun, contoh-contoh penggunaan kata kerja yang boleh juga mendukung makna tersirat tersebut memerlukan perspektif pragmatik melalui pengaplikasian Teori Relevans bagi membolehkan penginterpretasian makna yang lebih mendalam dan sempurna dapat dilakukan. Kajian ini yang tergolong sebagai kajian kualitatif mengguna pakai kaedah analisis dokumen dengan memfokuskan reka bentuk kajian analisis kandungan. Di samping itu, tinjauan melalui borang soal selidik terhadap 96 orang pelajar tingkatan enam juga turut dilakukan bagi melihat keberkesanan Tatabahasa Dewan dalam menghuraikan aspek golongan kata kerja yang selama ini hanya memfokuskan contoh-contoh penggunaan kata kerja yang mendukung makna tersurat semata-mata. Kajian ini mendapati bahawa pengaplikasian Teori Relevans dalam bidang ilmu pragmatik sememangnya telah terbukti dapat membantu menyelesaikan fenomena pelanggaran sekatan pilihan yang melibatkan contoh-contoh penggunaan kata kerja yang boleh juga mendukung makna tersirat. Dapatan kajian daripada kajian ini diharapkan dapat membantu para penulis Tatabahasa Dewan untuk memperoleh input-input baharu yang bermanfaat. Seterusnya, tokok tambah yang masih boleh dilakukan oleh para penulis Tatabahasa Dewan diharapkan dapat membantu mengukuhkan lagi kredibiliti dan kewibawaan Tatabahasa Dewan itu sendiri sebagai buku “tatabahasa pegangan”. ER -