TY - JOUR AU - Maharam Mamat PY - 2016/12/20 Y2 - 2024/03/29 TI - Penguasaan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu di UKM JF - Issues in Language Studies JA - ILS VL - 5 IS - 2 SE - Articles DO - 10.33736/ils.1636.2016 UR - https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/1636 AB - Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak dapat dipertikaikan walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa global ini digunakan dengan meluas dan perlu dikuasai terutama golongan pelajar yang akan meneroka bidang ilmu dalam bidang pendidikan, seterusnya diaplikasi dalam dunia pekerjaan. Sekalipun Pengajaran Pembelajaran Matematik dan Sains (PPSMI) tidak lagi digunakan, proses menimba ilmu di universiti terutamanya memerlukan pelajar mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Kajian ini mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun satu dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia, seterusnya mengkaji adakah tahap penggunaan bahasa Inggeris seharian mempengaruhi penguasaan para pelajar terhadap bahasa tersebut. Kajian ini merumuskan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris bagi pelajar Tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia masih berada pada tahap sederhana dengan purata band MUET adalah band 2. Walaupun kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dari segi lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak menghadapi masalah untuk membuat rujukan, mendapat arahan dan mengendalikan peralatan yang menggunakan arahan dalam bahasa Inggeris, menikmati hiburan seperti filem, permainan atas talian, menonton drama dan sebagainya. Mereka sering merujuk kamus dan bersikap positif untuk meningkatkan kemahiran berkenaan serta bersedia mengikuti kursus-kursus berkaitan sekiranya diberi peluang. ER -