@article{Zahid_2021, title={Maksim Perbualan dan Elemen Pendidikan dalam Podcast #NOTAPIS }, volume={10}, url={https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/2909}, DOI={10.33736/ils.2909.2021}, abstractNote={<p>Maksim perbualan (MP) yang diusulkan oleh Grice (1975) bertujuan memastikan sesuatu komunikasi dapat berlangsung dengan lancar apabila MP dipatuhi. Ini tidak berlaku dalam realiti dan dibuktikan dalam <em>podcast</em>&nbsp; <em>#</em>NoTapis (#NoTapis, 2020). #NoTapis ialah satu temu bual dengan seorang doktor berkaitan COVID-19.&nbsp; Analisis ini mengaplikasikan metod kualitatif - muat turun, transkripi dan analisis teks. Analisis ini mempunyai dua objektif, iaitu pertamanya, mengenal pasti kepatuhan dan ketidakpatuhan MP; dan keduanya membincangkan faktor kepatuhan MP dan korelasinya dengan elemen pendidikan, iaitu domain kognitif dan afektif dalam taksonomi Bloom (1956). Objektif ini bertitik tolak daripada pandangan Gary (2020) bahawa terdapat kandungan <em>podcast</em> yang bersifat mendidik. Kepatuhan MP didapati berkorelasi dengan domain kognitif dan afektif. Korelasi pada domain kognitif berlaku pada semua aras kecuali aras 5 manakala bagi domain afektif, korelasi berlaku pada semua aras. Pematuhan MP didapati sentiasa berkorelasi dengan aras paling rendah kepada aras yang lebih tinggi. Ini bertepatan dengan penyataan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan satu proses. Dalam konteks <em>podcast</em> ini, doktor berperanan sebagai “guru” manakala pendengar <em>podcast </em>merupakan “pelajar</p&gt;}, number={2}, journal={Issues in Language Studies}, author={Zahid, Indirawati}, year={2021}, month={Dec.}, pages={1-23} }