@article{Daud_Subet_2021, title={Naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang Mempertalikan Politik Tempatan: Analisis Pragmatik}, volume={10}, url={https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/2552}, DOI={10.33736/ils.2552.2021}, abstractNote={<p>Kajian ini bertujuan untuk menganalisis implikatur (makna tersirat) dalam sastera rakyat Melayu Sarawak, iaitu naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang dengan mempertalikan politik tempatan. Pengkaji telah mentafsirkan implikatur yang terkandung dalam naratif tersebut berpandukan analisis pragmatik iaitu Teori Relevans (TR) oleh Sperber dan Wilson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa eksplikatur seperti “Puteri Santubong”, “Puteri Sejinjang”, “kisah lama, zaman mensia maya”, “penjaga”, “manis”,&nbsp; “anak dak dewa turun kayangan”, “bertenun kain”, “malam”, “menumbuk padi” dan “siang” sebenarnya mempunyai implikatur yang dapat diasosiasikan dengan konteks semasa. Hal ini selaras dengan peranan sastera rakyat yang begitu sarat dengan unsur nasihat dan sindiran secara halus supaya masyarakat kini tidak mengulangi kesilapan yang berlaku dalam naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ini. Rumusannya, berbekalkan konteks, kesan kognitif dan usaha memproses maklumat, mesej secara tersirat dalam naratif ini dapat mengalami peluasan makna berdasarkan keadaan politik tempatan.</p&gt;}, number={1}, journal={Issues in Language Studies}, author={Daud, Muhammad Zaid and Subet, Mary Fatimah}, year={2021}, month={Jun.}, pages={110-130} }