@article{Meor Osman_2012, title={Menelusuri Estetika Tradisi Lisan Berladuh Lanang}, volume={1}, url={https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/1686}, DOI={10.33736/ils.1686.2012}, abstractNote={<p>Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan masyarakat ketiga terbesar di Sarawak terkenal dengan tradisi lisan yang diwarisi turun-temurun. Hal ini boleh dilihat dari segi adat dan budaya yang tercermin melalui aktiviti atau upacara seperti merisik, pertunangan, perkahwinan, mengandung, kelahiran, kematian dan sebagainya. Kehalusan budi dan budaya yang diwarisi ini menjadi simbol jati diri dan keunikan bangsa Melayu Sarawak. Nyanyian tradisi yang popular dalam masyarakat Melayu Sarawak ialah Berladuh Lanang. Nyanyian tradisi ini ialah sebahagian daripada hasil kreativiti yang tercipta secara spontan dan menjadi siulan serta lagu-laguan dalam kalangan masyarakatnya. Nyanyian ini juga sarat dengan nilai estetikanya yang menyelitkan unsur alam dengan mesej kasih sayang dan kesantunan yang mewarnai setiap kata yang dicipta. Oleh itu, karya tradisi harus diangkat, diketengahkan, diteliti dan didokumentasikan keindahan dan keunikannya untuk tontonan serta kebanggaan seluruh ahlinya agar tidak luntur ditelan zaman.</p&gt;}, number={1}, journal={Issues in Language Studies}, author={Meor Osman, Wan Robiah}, year={2012}, month={Jun.} }