@article{Hussin_Marosadee_2019, title={Pembinaan Modul Pembelajaran ‘Adad dan Ma‘dūd Berpandukan Ayat Al-Quran }, volume={8}, url={https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/1411}, DOI={10.33736/ils.1411.2019}, abstractNote={<p>Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul yang berkesan bagi mengatasi masalah miskonsepsi dalam pembelajaran <em>‘adad</em> dan <em>ma‘dūd</em>. Kajian terdahulu menunjukkan pelajar sering terdedah kepada miskonsepsi dalam menguasai <em>‘adad</em> dan <em>ma‘dūd</em> Arab. Hal ini kerana sistem pembahagian, konsep dan jenis <em>‘adad </em>serta <em>ma‘dūd</em> dalam tatabahasa Arab yang berbeza dengan konsep yang digunapakai dalam bahasa asal pelajar. Hasil dapatan kajian terdahulu mendapati al-Quran mempunyai sumber yang mencukupi bagi membina sebuah modul pembelajaran berkaitan tajuk ini. Manakala pendekatan ADDEI didapati sangat membantu dalam membina sebuah modul pembelajaran. Melalui fasa-fasa yang dicadangkan, maka modul ini dibina dengan membahagikan <em>‘adad</em> kepada tiga kelompok sahaja berdasarkan kepada persamaan ciri dalam setiap kelompok berkenaan iaitu <em>‘adad</em> sama, <em>‘adad</em> berlawanan dan <em>‘adad</em> neutral. Pembahagian ini dilakukan untuk mengurangkan masalah kekeliruan dalam kalangan golongan sasaran seterusnya menangani permasalahan miskonsepsi yang diketengahkan. Melalui pendekatan ini diharap masalah miskonsepsi berkaitan tajuk ini dapat diatasi.</p&gt;}, number={1}, journal={Issues in Language Studies}, author={Hussin, Mohamad and Marosadee, Abdul Hadi}, year={2019}, month={Jun.}, pages={86-104} }