@article{Ismail_Abdul Rani_Husin_Haji Mohd Kiram_2018, title={Seni Persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Saratok, Sarawak}, volume={4}, url={https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/BJK/article/view/1153}, DOI={10.33736/jbk.1153.2018}, abstractNote={<p>Kajian ini bertitik tolak daripada pengamatan terhadap korpus ilmiah yang cenderung mengaitkan Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Dalam konteks perkaitan ini, kajian ini turut mendapati bahawa kegiatan Dikir Al-Burdah yang dijalankan di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, masih belum lagi diteliti serta dicatatkan secara ilmiah. Dengan latar belakang ini, kajian ini diusahakan bagi merealisasikan tiga objektif. Pertama, mencatatkan perkembangan semasa dalam kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak. Kedua, menganalisis tema dalam lirik lagu Dikir Al-Burdah. Ketiga, merumuskan soal kesejajaran antara Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif secara khusus iaitu kaedah wawancara dan kaedah analisis isi kandungan. Pengamatan mendapati bahawa kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak yang pada masa kini giat dijalankan oleh Pertubuhan An-Nur. Analisis mendapati bahawa lirik lagu Dikir Al-Burdah yang dikaji menggarap tema kewajiban solat dan tema taubat. Kedua-dua tema ini didapati seiring dengan ajaran Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan dapatan-dapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa seni persembahan Dikir Al-Burdah di Sarawak yang dikaji menyerlahkan ciri-ciri keislaman.</p> <p><em>&nbsp;</em></p> <p><em>This study is based on observations of the scientific corpus which tends to link Dikir Al-Burdah in Sarawak with Islam. In this context, this study found that Dikir Al-Burdah’s activities carried out at Kampung Melango Baru, Saratok District, Sarawak until now have not yet been recorded and scientifically studied. With this information, three objectives was constructed. Firstly, record the current developments in Dikir Al-Burdah’s activities in Kampung Melango Baru, Saratok District, Sarawak. Secondly, analyze the theme in the lyrics of Dikir Al-Burdah. Third, summarizes the relevance of Dikir Al-Burdah in Sarawak with Islam. This study employs a qualitative approach specifically, namely interview methods and content analysis methods. Observation found that the activities of Dikir Al-Burdah in Kampung Melango Baru, Saratok District, Sarawak are currently underway by the An-Nur Organization. The analysis found that the lyric of the Dikir Al-Burdah song studied the theme of prayer obligations and taubat theme. Both themes are found in line with the teachings of Islam as contained in the Quran and Al-Hadith. With these findings, the study concludes that the performing arts of Dikir Al-Burdah in Sarawak examined the characteristics of Islam.</em></p&gt;}, number={2}, journal={Journal of Borneo-Kalimantan}, author={Ismail, Noryamisma and Abdul Rani, Mohd. Zariat and Husin, Fazilah and Haji Mohd Kiram, Norazlina}, year={2018}, month={Dec.}, pages={15-28} }