Inventori Fonem Vokal Dialek Melanau Rajang (Belawai)(An Inventory of Vowel Phonemes of the Melanau Rajang dialect)

  • MARINA KAWI
  • DAYANG SARIAH ABANG SUHAI

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji inventori fonem vokal yang wujud dalam dialek Melanau Rajang di kawasan Belawai di bawah pentadbiran Daerah Tanjung Manis, Sarawak. Kajian ini merupakan kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data. Sebanyak 250 senarai daftar kata Swadesh (Samarin, 1967) digunakan sebagai panduan pengumpulan data. Dalam kajian ini, dua orang informan berlainan jantina yang berumur dalam lingkungan 40 dan 60 tahun telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria pemilihan informan menurut Asmah Haji Omar (2001). Dalam menganalisis data, kaedah kualitatif telah digunakan berlandaskan kepada pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa terdapat sebanyak lapan (8) jenis fonem vokal yang wujud dalam dialek Melanau Rajang di kawasan Belawai iaitu empat (4) vokal depan [i, e, ε, a], satu (1) vokal tengah [ə] dan tiga (3) vokal belakang [u, o, ɔ]. Selain itu, distribusi/alternasi bagi kesemua fonem vokal dalam dialek Melanau Rajang di kawasan Belawai turut dibincangkan dalam kajian ini. Dapatan turut menunjukkan bahawa fonem vokal yang aktif ialah fonem vokal [a, i, u], manakala fonem vokal yang tidak aktif ialah vokal [ɔ, o, ε, ə, e].
Kata kunci: Alternasi, Fonem, Fonologi, Melanau Rajang, Struktural

References

Asmah Haji Omar. (2001). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan. Kuala Lumpur, Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan. (Edisi ke-2). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Azureen Hamid, Sharifah Raihan Syed Jaafar, & Tajul Aripin Kassin. (2016). Sistem fonologi dialek Melayu Saribas berasaskan fonologi generatif. Jurnal Bahasa, 16(1), 1-29.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur, Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norfazila Ab. Hamid. (2016). Kajian awal inventori fonem vokaldan diftong varian Melanau Oya. E-Proceeding International Conference on Posstgraduate Reasearch 2016 (ICPR2016), pp 300-308. Norfazila Ab. Hamid, & Rahim Aman. (2016). Varian Melanau Sarawak: Tinjauan di Melanau Mukah. Jurnal Melayu, 15(1), 99-112. Rahim Aman, Norfazila Ab. Hamid, & Shahidi Abdul Hamid. (2015). Rekonstruksi vokal dan diftong Bahasa Melanau purba. GEMA Online® Journal of Language Studies, 15(1), 189-206. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya, Malaysia: Agensi Penerbitan Nusantara. Salbia Hassan. (2016). Kajian fonologi dialek Melayu Kabong (Unpublished doctoral dissertation), University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Samarin, W.J. (1967). Field Linguistics: A guide to Linguistics field work. New York, NY: Holt, Rinehart, & Winston.

Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Mazlan Ibrahim, Zaimuariffudin Shukri Nordin, Ibtisam Abdullah, Nozira Salleh, Munirah Abd Ghani. (2014). Kepercayaan etnik Melanau dari sudut pandang Islam: Suatu analisa. E-proceeding of the 2nd World Conference on Integration of Knowledge 2014 (WCIK 2014), pp 141-147.

Yasir Abd Rahman. (1987). Melanau Mukah (Satu Kajian Budaya). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published
2018-12-17
How to Cite
KAWI, M., & ABANG SUHAI, D. S. (2018). Inventori Fonem Vokal Dialek Melanau Rajang (Belawai)(An Inventory of Vowel Phonemes of the Melanau Rajang dialect). Trends in Undergraduate Research, 1(1), f16-23. https://doi.org/10.33736/tur.1175.2018
Section
Language and Communication