Unsur Alam Dalam Peribahasa Iban (Jaku’ Sempama): Satu Analisis Semantik Inkiusitif(Elements of Nature in Iban Proverbs (Jaku’ Sempama): An Inqusitive Semantics Analysis)

Authors

  • RUSSEL DUNDANG ANAK JEFFREY
  • MARY FATIMAH SUBET

DOI:

https://doi.org/10.33736/tur.1169.2018

Abstract

Penggunaan peribahasa dalam masyarakat Iban menggambarkan bahawa masyarakat ini juga turut menjaga kesantunan berbahasa dalam memberikan teguran, nasihat atau sindiran kepada orang lain. Unsur-unsur yang digunakan dalam peribahasa juga mencerminkan dan memaparkan budaya yang terdapat pada masyarakat ini dengan mengaplikasikan pengalaman dan pengamatan mereka terhadap alam sekeliling. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur alam dalam jaku’ sempama Iban menggunakan analisis semantik Inkuisitif. Kajian ini berpandukan dua objektif iaitu menyenaraikan dan mengenal pasti peribahasa Iban (jaku’ sempama) yang mengandungi unsur alam dalam penciptaannya dan menganalisis akal budi dan falsafah masyarakat Iban dalam penciptaan peribahasa Iban (jaku’ sempama) dengan menggunakan semantik Inkuisitif. Unsur alam tersebut akan dibahagikan kepada 4 domain iaitu haiwan, tumbuhan, sumber atau tenaga, dan alam semesta. Kajian ini ialah kajian kualitatif. Data korpus diperoleh dan 2 informan ditemu bual. Analisis dalam kajian ini turut menggunakan pendekatan semantik inkuisitif bagi menjelaskan makna, kognitif dan memasukkan falsafah serta akal budi masyarakat Iban berkenaan peribahasa yang dipilih. Kajian ini juga memasukkan ilmu daripada bidang lain dalam mencungkil persoalan penggunaan unsur alam dalam peribahasa Iban. Hasil kajian mendapati terdapatnya falsafah di sebalik penciptaan sesuatu peribahasa masyarakat Iban yang dapat dikaitkan dengan budaya masyarakat yang mendukung peribahasa tersebut.
Kata kunci: Akal budi, falsafah, jaku’ sempama, masyarakat Iban, semantik inkuisitif,

References

Ensiring, J. & Saleh, R. M. (2009). Jaku' dalam. Kuching, Malaysia: Tun Jugah Foundation.

Fansuri H. A. et. al. (1994). Cerita rakyat dari Kalimantan Tengah. Jakarta, Inodnesia: PT Gramedia Widiasarana Indonesia.

Gedat, R., Mustafa, R.,Wahab, H.A., Osman, W.R.M., & Kamil,S.M. (2017). Kearifan tempatan: Deskripsi dan terminologi tentang 'padi' dalam masyarakat Iban di Sarawak. Pembentangan kertas di The International Conference on Language Studies 2017 (iCLS 2017), Kuching, Malaysia.

Jalaludin, N. H. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Joan, A. (2015). Seni pembuatan ilang dan nyabur: Kebanggaan dan simbol masyarakat Iban di Sarawak. Kota Samarahan, Malaysia: UNIMAS Publisher.

Noraini Abdul Shukor & Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2016). Padi sebagai tanda dalam peribahasa Melayu. Jurnal Melayu. 15(1), 26-49.

Rohman, A., Helmiyati, S., Hapsari, M., & Larasati Setyaningrum, D. (2014). Rice in health and nutrition. International Food Research Journal, 21(1), 12-18.

Sandin, B. (1980). Iban adat and augury. Penang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Sather, C. (2012). Recalling the dead, revering the ancestors: Multiple forms of ancestorship in Saribas Iban society. In P.Couderc & K. Sillander (Eds.), Ancestors in Borneo Societies: Death, Transformation, and Social Immortality (pp. 114-152). Copenhagen, Denmark: NIAS Press.

Sather, C. (1980). Symbolic elements in Saribas Iban rites of padi storage. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 53(2), 67-95.

Stearn, M. (2007). Warts and all: Straight talking advice on life's embarrassing problems. London, England: Murdoch Books.

Downloads

Published

2018-12-17

How to Cite

ANAK JEFFREY, R. D., & SUBET, M. F. (2018). Unsur Alam Dalam Peribahasa Iban (Jaku’ Sempama): Satu Analisis Semantik Inkiusitif(Elements of Nature in Iban Proverbs (Jaku’ Sempama): An Inqusitive Semantics Analysis). Trends in Undergraduate Research, 1(1), f10–15. https://doi.org/10.33736/tur.1169.2018

Issue

Section

Language and Communication