Perubahan Vokal Tinggi di Akhir Kata dalam Dialek Taiping dalam Kalangan Pelajar: Analisis Fonologi Generatif

  • Noor Syamshida Masa Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nur Farahkhanna Mohd Rusli Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
  • Nur Faaizah Md Adam Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Keywords: dialek Taiping, vokal tinggi, akhir kata, fonologi generatif

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam kalangan pelajar dalam dialek Taiping berdasarkan teori fonologi generatif (Chomsky & Halle, 1969). Data kajian diperolehi melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual dengan bantuan alat perakam, Ujian Sebutan Lisan dan buku catatan. Informan yang dipilih dalam kajian ini merupakan 20 orang pelajar berbangsa Melayu yang tinggal di Taiping, Perak. Lokasi kajian pula adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, Perak. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkataan yang mempunyai vokal tinggi /i/ dan /u/ di akhir kata akan direalisasikan sebagai [e] dan [o] seperti /bilik/ → [bileʔ], /ʧantik/ → [ʧanteʔ], /datuk/ → [datoʔ], /kukuh/ → [kukoh] dan sebagainya. Berdasarkan data ini, perubahan bunyi vokal tinggi yang berlaku menunjukkan bahawa vokal tinggi /i/ dan /u/ kehilangan fitur [+tinggi] dan akan direalisasikan sebagai vokal separuh tinggi [e] dan [o] melalui pelaksanaan rumus perendahan vokal di lingkungan suku kata akhir tertutup. Data ini kemudiannya dianalisis menggunakan teori fonologi generatif menggunakan rumus fitur distingtif. Hasil kajian menunjukkan bahawa vokal tinggi /i/ dan /u/ mempunyai ciri pembeza yang berlainan antara satu sama lain. Vokal tinggi /i/ mempunyai fitur [‒belakang], [+depan] manakala vokal /u/ mempunyai fitur [+belakang], [‒depan]. Berdasarkan rumus fitur distingtif Zaharani Ahmad (1993), rumus tersebut telah dikembangkan untuk menentukan fitur vokal separuh tinggi [e] dan [o] yang mempunyai ciri pembeza masing-masing untuk menerangkan perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam dialek Taiping. Kajian ini telah dapat menjelaskan sebab perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam dialek Taiping, iaitu disebabkan proses perendahan vokal tinggi di akhir kata.

References

Abdul Hamid Mahmood. (2017). Kursus fonetik dan fonologi bahasa melayu untuk pengajian jarak jauh. Tanjong Malim, Malaysia: Persatuan Penulis Budiman.

Abdul Zen Latif. (2016). Perubahan fonologis kosakata serapan sansekerta dalam bahasa jawa. Tesis Sarjana Strata 2. Universitas Diponegoro Semarang, Indonesia. Diperoleh daripada http://eprints.undip.ac.id/48453/1/ABDUL _LATIF_ZEN.pdf.

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am. Selangor, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Adi Yasran Abdul Aziz. (2012). Fitur distingtif. Retrieved from http://vodppl. upm.edu.my/uploads/docs/Nota%20Kuliah%205%20BBM3202%20Fitur%20Distingtif.pdf.

Adi Yasran Abdul Aziz, Raja Masittah Raja Ariffin, Mohd Sharifudin Yusop, & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2014). Pengglotisan geseran /s/ dalam bahasa Kerinci. GEMA Online® Journal of Language Studies, 14(3), 225-242.

https://doi.org/10.17576/GEMA-2014-1403-14

Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Asmah Omar. (1978). Pengajaran bahasa Melayu dalam konteks perancangan bahasa kebangsaan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (1995). Rekonstruksi fonologi bahasa Melayu induk. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chaiyanara, P. M. (2006). Pengenalan fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Christiane, A. M. Baltaxe. (1978). Foundations of distinctive feature theory. Baltimore: University Park Press.

Chomsky, N., & Halle, M. (1968). The sound and pattern of english. New York: Harper & Row.

Farid M. Onn (pnyt). (1988). Bunga rampai fonologi bahasa Melayu. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti.

Harun Mat Piah. (1983, Oktober 20-23). Dialek negeri Perak. Bengkel Kepimpinan dan Pengajian Kebudayaan Negeri Perak, Ipoh, Malaysia.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Mohamad Shahidan. (2005). Dialek utara semenanjung dalam pantun. Pelita Bahasa November, 44-45.

Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Sanit, Zaharani Ahmad & Harishon Mohd Radzi. (2016). Variasi kata ganti nama dialek di pesisir Sungai Perak: Analisis geographical information system (GIS). Jurnal Bahasa, 16(1), 109-123.

Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Adi Yasran Abdul Aziz, Raja Masittah Raja Ariffin, Mohd Sharifudin Yusop & Saidatul Faiqah Samasu. (2015). Derivasi rumus reduksi vokal dan pembentukan glotis dalam bahasa Kerinci. GEMA Online® Journal of Language Studies, 15(3), 83-97.

Peta daerah negeri Perak. Retrieived from https://belumoutdoor.files.wordpress .com/2010/02/map_perak.jpg.

Roca, I. & Johnson, W. (1999). A course in phonology. USA: Blackwell Publisher Inc.

Saidatul Faiqah Samasu & Adi Yasran Abdul Aziz. (2013). Inventori fonem konsonan dialek Melayu Kuching Sarawak. Jurnal linguistik, 17(1), 10-18.

Sakinah Nik Muhammad Naziman & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2016). Bentuk dan kedudukan kata tanya Dialek Perak Utara: Satu huraian deskriptif. Jurnal Bahasa, 16(2), 253-274.

Schane, S. A. (1973). Generative phonology. Prentice Halle, Englewood Cliffts, New Jersey.

Shahidi A. H. & Rahim Aman. (2010). Pengaruh dialek dalam pertuturan bahasa Melayu standard: Pencerakinan bunyi berasaskan spektrogram. Jurnal Bahasa, 10(2), 287-297.

Siti Noraini Hamzah & Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Kepelbagaian varian leksikal dialek di Perak: Pendekatan geographical information system. Akademika, 88(1), 137-152.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. (2017). Migrasi masyarakat luar dan pengaruh dialek di Perak: Analisis geolinguistik. Jurnal Bahasa, 17(1), 1-34.

Teoh, B. S.. (1994). The sound system of Malay revisited. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (1991a). Fonologi dialek Perak: suatu huraian atur rumus. Dewan Bahasa, 35(6), 484-496.

Zaharani Ahmad. (1991b). Masalah menentukan representasi dalaman dalam kajian fonologi. Dewan Bahasa, 35(12), 1095-1105.

Zaharani Ahmad. (1992). Rumus Transformasi dalam fonologi: penerapannya pada bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 36(7), 580-588.

Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi generatif: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published
2020-06-29
How to Cite
Masa, N. S., Mohd Rusli, N. F., & Md Adam, N. F. (2020). Perubahan Vokal Tinggi di Akhir Kata dalam Dialek Taiping dalam Kalangan Pelajar: Analisis Fonologi Generatif. Issues in Language Studies, 9(1), 124-143. https://doi.org/10.33736/ils.2352.2020