Pengajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Asing: Analisis Pola Kesalahan Tatabahasa dalam Penulisan

  • Zeckqualine Melai Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
  • Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
Keywords: Analisis kesalahan, tatabahasa, Bahasa Melayu, pelajar asing

Abstract

Kajian ini menghuraikan kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti jenis-jenis kesalahan tatabahasa dalam aspek penulisan. Data kajian diperolehi dari bahagian penulisan dalam kertas jawapan para pelajar untuk kursus Bahasa Melayu Komunikasi Lanjutan pada peperiksaan akhir. Pendekatan analisis kontrastif dan analisis kesalahan diaplikasikan dalam menganalisis penulisan pelajar asing yang terlibat dalam kajian ini. Terdapat 38 orang pelajar yang terlibat dan mereka berasal dari negara Bangladesh, Jepun, Morocco, Tajikistan, Afrika, China, Indonesia dan Brunei. Terdapat 215 kesalahan tatabahasa yang telah dikenal pasti dalam kajian ini. Kesalahan tersebut dikategorikan kepada 2 aspek, aspek pertama ialah morfologi yang merangkumi kesalahan ortografi 76%, dan leksikal 1%. Manakala yang kedua ialah aspek sintaksis yang merangkumi unsur kelewahan 15%, hukum D-M 8%. Peratusan menunjukkan kesalahan ortografi mencatatkan kekerapan yang paling tinggi. Kesalahan ortografi dibahagikan kepada 3 kategori berdasarkan proses yang berlaku iaitu penukaran huruf dengan huruf lain (^), penambahan huruf dalam perkataan (^^) dan pengguguran huruf dalam perkataan (^^^). Kesalahan ini dipengaruhi oleh latar belakang negara dan bahasa ibunda yang berbeza. Kajian ini turut mencadangkan penekanan dan bimbingan yang berbeza perlu diberikan kepada para pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Justeru teknik pengajaran seperti memberi ganjaran (seperti pujian) serta kepelbagaian strategi pengajaran yang menarik berasaskan teknologi dapat meningkat motivasi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

References

Awang Sariyan (1996). Warna dan suasana. Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Corder, S. P. (1974). The significance of learners' errors. Dlm. J. C Richards (pnyt.), Error analysis: Perspectives on second language acquisition. London: Longman.

Fries, C. C. (1945). Teaching and learning of English as a foreign language. Ann Arbor: The University of Michigan Press.

Jian, M. P. (1974). Error analysis: Source, cause and significance. Dlm. J. C. Richards (pnyt.), Error analysis: Perspectives on second language acquisition. London: Longman.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matthews, P.H. (1991). Morphology. New York: Cambrige University.

https://doi.org/10.1017/CBO9781139166485

Medan Sandra Kasih. (2003). Analisis kontrastif dan keanekabahasaan. Jurnal Bahasa, 47(10), 36-40.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (pnyt). (2015). Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norehan Muhamad. (2009). Analisis kesilapan: Satu kajian terhadap karangan murid murid Orang Asli. Jurnal Penyelidikan DEDIKASI, 1, 119-136.

Rasid Mail & Raman Noordin. (2015). Penyelidikan Peringkat Sarjana, Pendekatan Kualitatif sebagai Altenatif. Kota Kinabalu, Malaysia: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Richards, J. C. (pnyt.) (1974). Error analysis: Perspectives on second language acquisition. London: Longman.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan falsafah, teori dan praktis. Selangor, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ting, S. H., Mahadhir, M., & Chang, S. L. (2010). Grammatical errors in spoken English of university students in oral communication course. GEMA Online Journal of Language Studies, 10(1), 53-70.

Yong, C. C., & Subramaniam, V. (2012). Analisis kesilapan dalam pembelajaran Bahasa Melayu oleh pelajar asing. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 12(2), 667-692.

Published
2020-06-29
How to Cite
Melai, Z., & Abang Zainal Abidin, D. N. (2020). Pengajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Asing: Analisis Pola Kesalahan Tatabahasa dalam Penulisan. Issues in Language Studies, 9(1), 86-106. https://doi.org/10.33736/ils.2351.2020