Seni Persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Saratok, Sarawak

  • Noryamisma Ismail Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  • Mohd. Zariat Abdul Rani Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Fazilah Husin Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  • Norazlina Haji Mohd Kiram Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada pengamatan terhadap korpus ilmiah yang cenderung mengaitkan Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Dalam konteks perkaitan ini, kajian ini turut mendapati bahawa kegiatan Dikir Al-Burdah yang dijalankan di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, masih belum lagi diteliti serta dicatatkan secara ilmiah. Dengan latar belakang ini, kajian ini diusahakan bagi merealisasikan tiga objektif. Pertama, mencatatkan perkembangan semasa dalam kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak. Kedua, menganalisis tema dalam lirik lagu Dikir Al-Burdah. Ketiga, merumuskan soal kesejajaran antara Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif secara khusus iaitu kaedah wawancara dan kaedah analisis isi kandungan. Pengamatan mendapati bahawa kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak yang pada masa kini giat dijalankan oleh Pertubuhan An-Nur. Analisis mendapati bahawa lirik lagu Dikir Al-Burdah yang dikaji menggarap tema kewajiban solat dan tema taubat. Kedua-dua tema ini didapati seiring dengan ajaran Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan dapatan-dapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa seni persembahan Dikir Al-Burdah di Sarawak yang dikaji menyerlahkan ciri-ciri keislaman.

 

This study is based on observations of the scientific corpus which tends to link Dikir Al-Burdah in Sarawak with Islam. In this context, this study found that Dikir Al-Burdah's activities carried out at Kampung Melango Baru, Saratok District, Sarawak until now have not yet been recorded and scientifically studied. With this information, three objectives was constructed. Firstly, record the current developments in Dikir Al-Burdah's activities in Kampung Melango Baru, Saratok District, Sarawak. Secondly, analyze the theme in the lyrics of Dikir Al-Burdah. Third, summarizes the relevance of Dikir Al-Burdah in Sarawak with Islam. This study employs a qualitative approach specifically, namely interview methods and content analysis methods. Observation found that the activities of Dikir Al-Burdah in Kampung Melango Baru, Saratok District, Sarawak are currently underway by the An-Nur Organization. The analysis found that the lyric of the Dikir Al-Burdah song studied the theme of prayer obligations and taubat theme. Both themes are found in line with the teachings of Islam as contained in the Quran and Al-Hadith. With these findings, the study concludes that the performing arts of Dikir Al-Burdah in Sarawak examined the characteristics of Islam.

References

A.Bakar Hamid. (1989). Tema pada Sajak-Sajak Melayu. Dewan Bahasa. Januari. Hlm. 5.

Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka). (1984a). Tafsir Al-Azhar Juzu' 18-19-20-21. Surabaya: Yayasan Latimojong.

Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka). (1984b). Tafsir Al-Azhar Juzu' 10-11-12. Jakarta: Yayasan Nurul Islam.

Haji Muhammad Bukhari Lubis. (1994). "Dendangan Puisi Al-Burdah di Kampung Sessang, Sarawak". Dlm. Persuratan Islam. Hlm. 127-132. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Mustakin. (1999). Indeks Al-Quran Panduan Mencari Ayat Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.

Hashim Awang. (1987). Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ibnu Katsier. (1988). Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 4. Terj. H. Salim Bahreisy & H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Ibnu Katsier. (1994). Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 6. Terj. H. Salim Bahreisy & H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Imam Nawawi. (2010). Riyadhus Shalihin: Perjalanan Menuju Taman Surga. (Penterjemah: Zenal Mutaqin, dkk). Bandung: Penerbit Jabal.

Imam Nawawi (2012). Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh. (Penterjemah: Ainon Mohd et. al.). Batu Caves, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lukman Ali. (1967). Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Jakarta: Gunung Agung.

Mana Sikana. (1988). Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Taib Osman. (1979). Traditional Malay Music: A Traditional Cultural Expression in Contemporary Setting. Jurnal Budaya Melayu 4: Hlm. 97-111.

Noryamisma Ismail. (2018). Tema Keislaman dalam Lirik Dikir Al-Burdah di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Tesis Master Sastera. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Noryamisma et. al. (2018). Islam dalam Persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan Badan Kesenian dan Kebudayaan, Kampung Sessang, Sarawak. Jurnal Melayu. Bil. 17(2): Hlm. 124-142.

Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2017). Peranan Bangunan Berpentas Prosenium dalam Tradisi Persembahan Bangsawan di Sarawak. Wacana Seni (Journal of Arts Discourse) Jil./Vol.16: Hlm. 85-102.

https://doi.org/10.21315/ws2017.16.4

Raslie Saharan. (1988). Beberapa Aspek Kebudayaan Masyarakat Melayu Sarawak. Dlm. Adat Resam Penduduk Sarawak. Jawatankuasa Kecil Publisiti dan Filem Perayaan Ulang Tahun Ke-25 Sarawak Merdeka Dalam Malaysia. Hlm. 115-170. Kuching: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

Sakinah Abu Bakar. (2014). Kelestarian Khazanah Tradisi Islam Qasidah Burdah dalam Masyarakat Setempat: Kajian Kes di Kampung Hilir, Merbok, Yan, Kedah. Jurnal Gendang Alam. Jilid 4. Hlm. 19-31.

Wawancara dengan Tuan Haji Mohamed Usup bin Rahman pada 8 Mac 2013 (Jumaat), pada jam 3.00 petang bertempat di kediaman Tuan Haji Mohamed Usup di Kampung Melango Baru, Saratok.

Wawancara dengan Tuan Haji Mohamed Usup bin Rahman pada 14 Julai 2017 (Jumaat), pada jam 5.00 petang bertempat di kediaman Tuan Haji Mohamed Usup di Kampung Melango Baru, Saratok.

Published
2018-12-12
How to Cite
Ismail, N., Abdul Rani, M. Z., Husin, F., & Haji Mohd Kiram, N. (2018). Seni Persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Saratok, Sarawak. Journal of Borneo-Kalimantan, 4(2), 15-28. https://doi.org/10.33736/jbk.1153.2018